Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Di kampus ini ada beberapa pohon saga yang sedang menggugurkan buah saganya yang merah menyala. Sayang sekali saya lihat buah-buah saga itu hanya dibiar bertaburan sahaja. Yang gugur di atas jalan, digilis kenderaan yang lalu lalang. Jadi saya pun ambil kesempatan di atas masa lapang yang ada. Saya kutip buah-buah saga itu. Setelah itu saya cuci, kemudian jemur, kemudian saya masukkan ke dalam balang. Semudah itu, namun hasilnya agak lumayan, cantik untuk dijadikan hiasan. Tambahan pula warna saga yang merah menyala, memang akan menaikkan seri ruang yang dihias.


Setakat ini, saya sudah dapat 2 balang buah saga. Satu saya letakkan di dalam bilik, dekat dengan lampu tidur. Satu lagi saya letakkan di pejabat. Kawan-kawan yang lihat ada yang berminat. Mereka bertanyakan di mana saya kutip buah saga tersebut. Bila saya cakap saya hanya kutip di sekitar kampus, ada juga yang tidak pernah perasan akan kewujudan pohon saga di situ. Selepas ini, saya yakin, ada orang lain selain saya yang akan mengutip.
Ada sebiji buah saga yang saya jumpa berbentuk hati. Yang saya akan berikan kepada seseorang yang istemewa :-).