Sunday, June 28, 2009

Hari Lahir Emak

"Tak elok tiup lilin, budaya barat!"

Cucu yang teruja lebih-lebih.

Tuesday, June 23, 2009

Saya Sesak, Beri Ruang Untuk Bernafas

Saya ibarat pokok ini. Jika terus dikerah lagi, entah apa yang tinggal.



Thursday, June 18, 2009

Tiga Puluh Lima Darjah Alasan Untuk Tidak Keluar

Obsesi @ Bilik Berhawa Dingin

Saya kira ramai telah peka dengan fenomena El Nino yang sedang melanda. Fenomena yang kali terakhir berlaku 11 tahun lepas diramal akan berlarutan hingga Ogos (bulan puasa). Kesan sampingan adalah kekurangan air (termasuk di dalam badan) dan jerebu. Minggu lepas sahaja, udara di beberapa kawasan di semenanjung telah melepasi aras tidak sihat. Suhu yang dicatat juga mencecah bacaan maksimum sekitar 35 hingga 40 darjah Celcius.

Secara ringkasnya, menurut geologi, fenomena ini terjadi akibat peningkatan tekanan atmosfera yang menyebabkan cuaca menjadi lebih kering. Namun, ada saintis yang percaya bahawa fenomena ini adalah kesan signifikan daripada pemanasan global.

Mungkin kita cuba untuk meneruskan hidup dan melakukan aktiviti seperti normal. Namun kita harus sedar akan kesan fenomena ini keatas kesihatan dan alam sekitar.

Cuaca panas kering ini boleh menyebabkan penyakit yang mudah berjangkit seperti batuk, demam dan selesema. Proses sejatan air di kawasan tadahan juga boleh menyebabkan krisis bekalan air. Mungkin anda masih ingat semasa fenomena El Nino yang lepas, kerajaan telah mengambil langkah membuat catuan bekalan air. Cuaca sebegini juga mendorong kepada berlakunya kebakaran terutamanya di kawasan seperti hutan dan tempat pembuangan sampah.

Oleh itu, rakyat dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka, atau pun apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan kebakaran. Contoh paling mudah ialah membuang puntung rokok merata-rata. (Jadi sila tingkatkan kesedaran sivik anda). Aktiviti luar juga perlu dikurangkan supaya tidak terdedah kepada cuaca panas kering untuk tempoh yang terlalu lama. Paling penting, gunalah air dengan berhemah.

Sebagai rakyat yang mempunyai kesedaran tentang fenomena ini, saya telah mengambil langkah proaktif dengan mengurangkan aktiviti luar (sebenarnya alasan untuk tidak beriadah). Dalam keadaan cuaca yang sebegini, saya lebih senang duduk di dalam bilik, memasang pendingin hawa dan cuba menyelesaikan 500 'puzzle' SUDOKU yang belum pun separuh berjaya atau membaca buku sahaja.

Teringin juga untuk keluar mengambil gambar.... tetapi... panasnya! (^^")


Nota : Sumber berkenaan cuaca dari laman web Jabatan Metereologi Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.

Thursday, June 4, 2009

Saya Kini Jutawan Bergelar Professor

Hari kedua dan ketiga dalam Grayscale, Sephia dan Vignette. Gambar-gambar diambil begitu sahaja sambil jalan-jalan. Boleh dikatakan semacam candid. Kualiti... oh, tidak seberapa.

Olympic Park.


COEX Mall

Tunggu tren Subway, menuju ke Insadong.


Siapa suruh duduk depan saya :D.


Lorong @ Insadong.

Hidup @ Insadong.

'Life in Motion' @ Insadong.


Kaki Lima @ Insadong. Insadong adalah lebih kurang macam 'art centre' di Seoul.

Kepada yang bertanya dan meneka-neka saya ke mana. Betul lah, Korea! :D

Korea University. Di universiti ini, semua pensyarahnya digelar 'Professor'. :D

Lelaki Korea di dalam kapal terbang : Working or studying?
Saya : Working.
Lelaki Korea di dalam kapal terbang : What do you do?
Saya : I teach at a local university.
Lelaki Korea di dalam kapal terbang : So you are a Professor?


Menanti ketibaan Subway lagi.

Budak Korea.
Pelik juga bila ramai perempuan muda di Korea sudah tidak sepet lagi. 'Plastic surgery' kah?


Gyeongbuk Palace. Senibina yang hebat! Entah berapa ribu batang pokok ditebang untuk membina istana ini. Tak mampu hendak saya kira.

Seni-bina @ Geongbuk Palace.

Seni-bina @ Gyeongbuk Palace.


Jalan-jalan di sekitar istana lama tersebut (berdekatan dengan kediaman Presiden) - tak ingat nama jalan. :D


Itaewon. Tumpuan ramai pelancong asing. Terdapat restoran halal dan kedai menjual barangan halal. Pelancong dari Malaysia wajib ke sini. Ada juga masjid.


Susah hendak jumpa papan tanda ini "HALAL".


Satu-satunya masjid yang saya kunjungi. Yang lain lebih jauh.


Ok-ok, yang seterusnya tidak sampai maksudnya dalam Grayscale!

Stesen subway ni kalau sesiapa yang tengok cerita My Sassy Girl atau Windstruck mesti ingat 'scene' heroin tengah tunggu subway sambil berangan sampai nak terjatuh. :D

Musim panas?? Biar betul. Hanya 20 darjah Celcius. Saya hanya pasang 'air-cond' pada 25 darjah di Malaysia!

Monday, June 1, 2009

Perjalanan + Hari Pertama = Penat

Dihantar ke stesen KTM oleh rakan serumah bersama bagasi yang berat amat.

Menunggu keretapi yang lewat hampir satu jam.


Perjalanan selesa kelas pertama keretapi ekspres hanya 3 jam ke stesen Sentral KL.


Ketibaan di sambut oleh 'akak' yang comel. :D


Ke lapangan terbang.

Tiba dan mencari arah tujuan diantara ratusan/ribuan manusia. (Salin Lampin Bayi!! Sila kemaskini).

'Boarding'.

"Twinkle twinkle little star" @ Pintu C25

Semua orang sudah masuk, masih asyik mengambil gambar. Nasib baik tidak ditinggalkan.


Krew dan anak kapal sedia untuk berlepas.


Matahari terbit.

Sudah memancar.

Masih di atas awan.

Tiba, 6.57am.

Lepas dari dikuarantin. Bebas H1N1.

Orang asing.

Pemandu teksi ini kelihatan serius.

Kemudian tiba di Anam dan berehat sebentar di tempat penginapan bertaraf lima bintang yang ditaja sepenuhnya oleh Pak Lah.

Keluar, jalan-jalan.

Naik subway.


Ramainya orang di Myeongdong.

Macam-macam ada.

Ada macam-macam.

Polis anti-rusuhan @ Rusuhan kerana kematian (bunuh diri) bekas presiden.

'National Treasure No 1'.

Penat dah berjalan.

Balik. Tidur.