Tuesday, July 29, 2008

Waktu Sihat Sebelum Sakit

Minggu lepas, saya demam, batuk dan selesema. 5 hari juga. Sekarang demam dan selesema sudah baik, tinggal batuk sahaja belum sembuh. sudah 3 botol ubat batuk saya makan, tapi tidak juga sembuh, tapi sedang beransur pulih. Alhamdulillah.

Al-kisah, sebelum demam, saya memenuhi semua undangan makan-makan durian. Saya rasa semua jenis durian yang dihidangkan. Dari wang isinya berwarna putih - kekuningan- hingga ke warna jingga. Bayangkan sekiranya dalam satu jamuan dihidangkan 10 jenis buah durian dan setiap satu jenis saya rasa 3 ulas. Sudah 20 ulas kan. Kalau saya hadir 3 jemputan makan-makan durian, sudah 60 ulas. dalam masa satu minggu. Terus demam, sehingga kini tidak saya tidak berani menyentuh durian atau rambutan lagi. Tapi terliur juga setiap kali melintasi gerai-gerai durian di tepi jalan. tunggu lah, bila sudah sembuh batuk, mungkin boleh makan lagi.

Sebelum saya demam juga, kami sedang sibuk dengan persiapan audit AKNC dan AKPM 2008. Memang tersangat lah banyak kerjanya. Sehingga mungkin badan saya tidak dapat lagi menanggung kepenatan.

Saya berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat. Doktor nasihatkan saya supaya banyak berehat, kerana badan yang lemah akan menyebabkan antibodi lemah. Badan kena kuat, baru boleh cepat sembuh. Macamana saya hendak banyakkan berehat, kelas sahaja sudah 24 jam satu minggu. Sedangkan jam mengajar maksimum bagi seorang pensyarah hanyalah 18 jam.

Memang susah kalau badan kurang sihat. Selera makan kurang, badan lemah, tak dapat tumpukan perhatian dalam melaksanakan sesuatu (termasuk solat).

Jadi hargailah waktu sihat sebelum sakit!!

Wednesday, July 16, 2008

Durian


Saya makan durian hingga demam. Sudah beberapa tahun saya tidak makan durian. Entah kenapa setiap kali musim buah, saya tidak punya selera untuk makan durian. Padahal, saya dahulunya seorang penggemar durian. Musim kali ini, baru lah saya ber"nafsu" untuk makan durian. Dan saya makan sepuas-puasnya.


Monday, July 14, 2008

Paling Sepi Dalam Sepi

Antara watak² di dalam filem sepi, pada pendapat saya, watak Imaan paling sepi.

Kenapa?

Sufi - cuma diulit rasa bersalah. Semasa hidup pun, mereka tidak lah selalu bersama.

Adam - masih punya ramai kawan² & keluarga.

Imaan - Selalu bersama. Teman sejak kecil. Banyak perkara dilakukan bersama. Akhirnya pergi tiba². Dan dia tidak punya ramai teman yang lain.

Monday, July 7, 2008

Yang Lain Lebih Bagus

Seorang bekas pelajar saya, sekarang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di kampus ini. Beliau merupakan pelajar yang cemerlang dan mendapat Anugerah Pelajar Terbaik bagi kursus yang beliau ikuti di peringkat Diploma. Bagi subjek saya, beliau skor A+.

Semalam beliau berjumpa dengan saya. Untuk subjek Quantitative Analysis, beliau didaftarkan di bawah kumpulan lain, tapi hendak tukar masuk ke kumpulan yang saya ajar.

"Tak apa, masuk kumpulan mana² pun sama".

"Saya nak masuk kelas cik jugak, best".

Apalah sangat masuk kelas saya. Tambahan pula saya pensyarah yang paling baru mengajar subjek tersebut. Pensyarah lain semua sudah senior. Sudah banyak pengalaman, lebih pakar dan lagi luas pengetahuan.

Lagipun, risau pula rasanya bila pelajar sudah ada expectation yang tinggi.