Friday, February 8, 2008

Sipadan - Mabul dan Bot Tempur

(entri ini akan dikemaskini apabila saya sudah menerima gambar dari adik saya)

Tuesday, February 5, 2008

Bukit Tengkorak


Hari ini kakak saya ada latihan di Bukit Tengkorak. Adik dan saya diajak untuk turut serta. Menarik juga. Sudah lama saya tidak panjat bukit. Lagipun, dari rumah Kak Azah, nampak tidak begitu tinggi bukit tersebut.


Kami bertolak jam 3 petang, bersama 3 orang lagi staf Kak Azah. Bagi yang biasa pajat gunung/bukit, mungkin tidak rasa mencabar sedikit pun. Tapi bagi saya, agak memenatkan, walaupun trek dan tangga nya sudah disediakan. Namun, setelah sampai di puncak, penat hilang serta merta. Kami disajikan dengan pemandangan yang sangat indah. Dari puncak, Bukit Tengkorak kelihatan seperti padang golf. Tapi sebenarnya, yang kelihatan seolah-olah rumput itu adalah lalang. Yang sangat tinggi. Hinggakan ada kawasan yang lalangnya lebih tinggi dari saya. Tapi tersangat lah puas hati. Saya dan adik bersusah pada ke sudut bukit yang paling susah untuk sampai. Semata-mata ingin mengambil gambar dari sudut yang paling cantik.

Malangnya, sebahagian besar gambar, dipindahkan ke dalam komputer Kak Azah, yang tiba-tiba rosak, sejurus selepas gambar dipindahkan. SEDIH :-(


Semasa di puncak, Kak Azah menceritakan tentang sejarah Bukit Tengkorak. Katanya, pada satu masa dahulu, kaum Bajau Laut dan Sulu adalah bermusuhan. Mereka saling memenggal kepala dan kepala-kepala tersebut disimpan di bukit itu.

Saturday, February 2, 2008

Semporna - Lahad Datu - Sandakan - Sepilok

(entri ini akan dikemaskini apabila saya menerima gambar dari adik saya)

Pekan Semporna

Kata Abg Nazree, 'trademark' pekan Semporna ialah Dragon Inn. Sebuah hotel terapung yang menyediakan penginapan dan juga restoran. Hotel terapung ini terletak di lokasi strategik di tengah pekan Semporna. Menjadi tumpuan pelancong, terutamanya yang ingin ke Pulau Sipadan, juga tumpuan penduduk setempat, untuk berehat, juga sangat sesuai untuk ber'dating'. Di situ juga terdapat kedai yang menjual aksesori dari mutiara dan kristral Sabah. Saya dan emak, menghabiskan masa hampir sejam membelek dan memilih aksesori tersebut untuk dijadikan kenangan dan buah tangan untuk saudara mara.






Dari atas pelantar, di sebalik air laut yang jernih, boleh nampak dengan jelas pelbagai jenis ikan berenang ke sana, ke mari.


Di hotel tersebut, terdapat juga perkhidmatan bot, untuk ke Pulau Sibu. Sebuah pulau yang perkampungan nelayan yang sangat cantik juga. Kalau tidak silap saya, pulau ini menjadi lokasi penggambaran filem Duyung, lakonan Apek dan Maya Karin. Banyak lagi pulau yang yang boleh dilawati, jika tidak silap saya, ada 8 buah pulau cantik yang tersenarai di dalam Semporna Islands Park. Oleh kerana air sedang pasang semasa kami di sana, jadi kami tidak menaiki bot. Kerana kata kakak saya, rugi sebab tak dapat lihat ikan, penyu dan hidupan laut yang lain dengan jelas ketika air pasang.




Di sebelah Dragon Inn, ada perkampungan kecil nelayan. Dan dari jauh dapat lihat pelantar/ jeti yang dijadikan tempat menaikkan ikan. Di sebelah petang pula, dijadikan tempat untuk kanak-kanak 'terjun tiruk'. Riang sangat suasana kanak-kanak bermandi manda di situ. Rata-rata, belum pun masuk sekolah sudah pandai berenang dan menyelam. Maklum lah, keturunan Bajau Laut. Tak perlu, "Bukit Merah Laketown Resort, atau Lost World of Tambun, atau Sunway Lagoon", sekadar jeti lama sahaja, sudah cukup untuk mereka bergembira, mandi -manda.

Friday, February 1, 2008

Rumah Di Tepi Laut

Nyamannya udara di kediaman Kak Azah. Tidak perlu buka kipas, buka sahaja tingkap, anda akan dapat angin yang menyamankan. Saya memang mengimpikan rumah ditepi laut. Macam cerita Korea, Full House tu. Hari ini, kami bertiga masih kepenatan. Mungkin “Jet lag”. Jadi agenda hari ini hanya duduk di rumah, dan menikmati udara yang segar.

(pemandangan dari balkoni rumah, bukit kecil itu adalah Bukit Tengkorak)


Pagi tadi saya terlepas subuh. Biasalah, alarm telefon bimbit saya berbunyi jam 5.43 pagi. Jam 6 pagi baru saya bangun. Pukul 6 pagi di Semporna umpama pukul 8 pagi di Semenanjung. Matahari sudah memancar.


Malamnya kami makan malam di restoran terapung. Pukul 8 malam, seperti kami sekeluarga sahaja yang masih belum tidur di pekan itu. Sungguh sunyi.