Friday, May 29, 2009
Monday, May 25, 2009
Situasi
Anda seorang 'insectophobia' (fobia dengan serangga), yang sangat takutkan serangga mahupun sekecil semut, kelkatu atau anai-anai. Lagi pula serangga yang besar, anda boleh histeria kerananya.
Suatu hari anda sedang memandu balik dari kedai seorangan. Hari sudah pun malam dan hujan sedang turun dengan lebatnya. Pemanduan anda terhenti kerana lampu isyarat sedang merah dan digit 99 berwarna merah yang masih tidak bergerak-gerak terpampang dengan jelasnya.
Tiba-tiba, ada tersedar akan kehadiran seekor serangga panjang, berwarna hijau pucuk pisang sedang bergerak perlahan muncul di stereng kereta, tepat-tepat di hadapan mata anda. Serangga yang dipanggil mentadak itu memerhatikan anda dengan pandangan yang tajam tidak bergerak. Anda diperhatikan tanpa berpaling walau satu saat pun. Jika anda bergerak sedikit, ia akan bergerak. Dalam keadaan sejuk kerana hujan dan penyaman udara yang dipasang, anda mula berpeluh-peluh ketakutan. Hendak menjerit, anda takut akan mengejutkan serangga itu dan menyebabkan ia berterbangan ketakutan juga. Hendak dibuka tingkap kereta, hujan sedang turun dengan lebatnya. Hendak keluar dari kereta, hujan sedang turun dengan lebatnya dan lampu isyarat sudah hampir hijau.
Oleh kerana anda seorang insectophobia, anda sentiasa mempunyai racun serangga di dalam kereta, namun malangnya ia berada di dalam bonet dan anda tidak boleh keluar dari kereta dalam keadaan hujan lebat sebegitu. Lagipun apa orang akan fikir jika seorang pemandu keluar dari keretanya yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat dalam keadaan hujan lebat.
Apa yang akan anda lakukan seterusnya?

Friday, May 15, 2009
Oh!
Gambar emak sedang berdoa digunakan untuk menghiasi risalah program Syarahan Intelektual yang akan berlangsung esok. Saya tidak kisah, namun di bawah gambar tersebut ada tertulis alamat blog ini danianya telah dicetak. Oh tidak. Tak sabar saya hendak melihat risalah tersebut esok. Harap-harap cetakannya kurang jelas dan tidak dapat dibaca.
Saya hanya memberitahu alamat blog ini kepada 3 orang, dan mereka memberitahunya kepada sekurang-kurangnya seratus orang.
Segannya saya!

Thursday, May 14, 2009
Fotografi 5 : Pertandingan Percussion UiTM 2009

Saya kira hari ini saya 'off' separuh hari, bersama dua orang rakan untuk bersama-sama memberi sokongan/menonton Pertandingan Percussion. Saya hanya berpakaian sukan untuk memudahkan pergerakan untuk mencari sudut yang bagus, padahal hari ini sepatutnya saya memakai baju batik. 'Bos' ada di tempat kejadian, harap-harap beliau tidak kisah. Beratus-ratus 'shutter' dilepaskan. Berikut adalah foto-foto yang sempat saya pilih, yang lain mungkin kemudian. :-)

Wednesday, May 6, 2009
Susahnya Hendak Menilai
Tanyalah mana-mana pensyarah sama ada mereka suka menanda skrip jawapan, atau sama ada menanda skrip itu bagaikan terapi kepada mereka, saya pasti terkejut besar jika jawapan mereka 'ya!'. Saban tahun melakukan tugas ini, saya tidak pernah merasakan ianya sesuatu yang menyeronokkan sebaliknya tertekan setiap kali menghadap skrip-skrip tersebut.
Mungkin ianya satu kebetulan, entah kenapa setiap kali musim menanda skrip jawapan, sistem imunisasi saya pasti lemah. Badan sentiasa seram sejuk sahaja, pening atau sakit kepala lebih teruk lagi apabila demam, selesema atau batuk.
Faktor lain yang mendorong kepada perkara ini mungkin adalah virus-virus yang dibawa oleh para pelajar yang datang menghadap saya berjam-jam bertanyakan perkara yang mereka tidak faham sebelum peperiksaan berlangsung. Ada yang demam, ada yang selesema, ada yang batuk, ada pula yang pening-pening. dan sakit kepala. Percaya atau tidak, pening dan sakit kepala ini juga boleh berjangkit. Melihat pelajar yang datang sakit kepala, pening-pening dan berserabut, kepala saya juga turut sakit.
Saya berfikir-fikir bagaimana baharu saya akan seronok menanda skrip jawapan. Ada dua resolusi yang dapat saya kenalpasti. Pertama, jawapan-jawapan perlulah betul semuanya, sama seperti skema. Kedua, menanda skrip sambil bercuti, sambil menikmati tiupan bayu di pantai, dan sambil menikmati pemandangan pantai dan lautan yang indah.
Namun buat masa sekarang, saya tidak fikir dua perkara itu mungkin.

Tuesday, May 5, 2009
Bila Terlalu Sibuk Untuk Menulis Entri Baru
Tag oleh Zarin.
Sebenarnya salah saya menjawab tag di dalam Bahasa Inggeris ini. Ini adalah blog Bahasa Malaysia, sila menulis Bahasa Inggeris di tempat lain. (teguran kepada diri sendiri).
4 names that friends call U:
- Che Da (rakan-rakan sekerja)
- Che Da (rakan-rakan seuniversiti)
- Che Da (rakan-rakan sesekolah)
- Che Da (rakan-rakan selain di atas)
4 most important dates in your life:
- 27 November (hari emak bertarung nyawa melahirkan saya sebagai seorang Muslim-ah)
- 27 June (hari lahir emak, kalau emak tak ada, tak adalah saya)
- 1 Ramadhan
- 1 Syawal
4 things you've done in the last 30 minutes:
- Tak ingat
- Tak ingat
- Tak ingat
- Tak ingat
(salahkan 'short-term-memory' saya. Saya hanya ingat saya bangun dan duduk).
4 ways to be happy:
- Beribadah
- Bangun pagi-pagi
- Senyum
- Jangan benci orang
4 gifts you would like to receive:
- Baucer percutian
- Tiket penerbangan pergi dan balik
- Aksesori kamera
- TV plasma
4 of your favourite hobbies:
- Fotografi
- Sudoku
- Membaca
- Jalan - jalan cari makan
4 places you want to go for vacation:
- China
- Thailand
- India
- Dubai
4 things always found in your bag:
- Buku nota kecil
- Pen
- Tisu
- Kunci
Top 4 u love so much:
- *peribadi*
- *peribadi*
- *peribadi*
- *peribadi*
Tak mahu beritahu, malu!
Top 4 things 'special' for you:
- Putik kapas
- Floss
- Cakera keras
- Modem jalur lebar
Top 4 who you would like to answer this survey:
- Yang ada blog
- Yang punya masa untuk menjawab
- Yang tiada idea untuk entri baru
- Yang terlalu sibuk untuk menulis entri baru

Subscribe to:
Posts (Atom)