Anda seorang 'insectophobia' (fobia dengan serangga), yang sangat takutkan serangga mahupun sekecil semut, kelkatu atau anai-anai. Lagi pula serangga yang besar, anda boleh histeria kerananya.
Suatu hari anda sedang memandu balik dari kedai seorangan. Hari sudah pun malam dan hujan sedang turun dengan lebatnya. Pemanduan anda terhenti kerana lampu isyarat sedang merah dan digit 99 berwarna merah yang masih tidak bergerak-gerak terpampang dengan jelasnya.
Tiba-tiba, ada tersedar akan kehadiran seekor serangga panjang, berwarna hijau pucuk pisang sedang bergerak perlahan muncul di stereng kereta, tepat-tepat di hadapan mata anda. Serangga yang dipanggil mentadak itu memerhatikan anda dengan pandangan yang tajam tidak bergerak. Anda diperhatikan tanpa berpaling walau satu saat pun. Jika anda bergerak sedikit, ia akan bergerak. Dalam keadaan sejuk kerana hujan dan penyaman udara yang dipasang, anda mula berpeluh-peluh ketakutan. Hendak menjerit, anda takut akan mengejutkan serangga itu dan menyebabkan ia berterbangan ketakutan juga. Hendak dibuka tingkap kereta, hujan sedang turun dengan lebatnya. Hendak keluar dari kereta, hujan sedang turun dengan lebatnya dan lampu isyarat sudah hampir hijau.
Oleh kerana anda seorang insectophobia, anda sentiasa mempunyai racun serangga di dalam kereta, namun malangnya ia berada di dalam bonet dan anda tidak boleh keluar dari kereta dalam keadaan hujan lebat sebegitu. Lagipun apa orang akan fikir jika seorang pemandu keluar dari keretanya yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat dalam keadaan hujan lebat.
Apa yang akan anda lakukan seterusnya?

buat tak tau je kat mentadak tu...bukan boleh buat ape pun...takpun nyanyi...mentadak mentadu...che da tido macam mana? nanti dia buatla gaya che da tido...hahaha
ReplyDeletemakan je mentadak tu. haha
ReplyDeleteBukak tingkap kereta...baik basah kejap daripada terkejang takut dengan serangga tu sampai nanti lampu dah hijau pun kereta takleh nak digerakkan ;)
ReplyDelete