Tuesday, September 23, 2008

Pemerhati

Petang semalam saya ada kelas dari jam 4 hingga 6 petang. Saya kira itu adalah waktu kepenatan yang puncak untuk saya mengajar dan juga untuk pelajar belajar ketika sedang berpuasa. Jadi saya tidak bercadang untuk membuat sesi kuliah yang berat. Sesi agak santai. Saya pulangkan kertas Ujian 1 kepada pelajar. Oleh kerana pencapaian keseluruhan sederhana sahaja. Saya minta setiap pelajar membuat pembetulan dan rujuk kepada saya sekiranya ada sebarang masalah. Objektifnya mudah, supaya mereka belajar dari kesilapan.

Sambil mereka membuat kerja masing², saya ambil kesempatan untuk beramah mesra. Biasanya sesi kuliah saya agak stress, mana tak nya, asyik² nombor, digit, tambah, tolak, darab, bahagi, punca kuasa, formula² yang rumit untuk diingati, jadi untuk beramah mesra dalam keadaan stress sebegitu memang boleh, tapi kurang efisyen. Maka saya menggunakan sesi santai kali ini sebaik mungkin.

Di tengah perbualan, seorang pelajar perempuan di barisan hadapan sekali menegur saya perlahan.
"Cik mesti banyak stock baju"
"Kenapa awak cakap macam itu?" tanya saya agak keliru.
"Takde la, saya tak pernah nampak Cik pakai baju yang sama dua kali"
"Owh, iye ke? Saya pun tak perasan"
"Ye Cik. Cuma baju Cik yang warna biru tu je saya pernah nampak dua kali"
"Biru yang mana?"
"Ala yang ada manik tu".

Hehe. Lucu betul. Tak sangka sampai ke tahap itu pelajar memerhatikan kita. Sebab itu saya tidak suka berfesyen ke kelas. Pakaian seragam saya, setiap hari baju kurung. Tiada kebaya apatah lagi kemeja.

Rakan sekerja saya pernah berkata
"Kau bergaya la sikit. Pakai kebaya ke. Kau tu muda lagi. Masih ada 'shape'"
"Aku pegi kelas nak mengajar. Bukannya nak buat 'fashion show'" balas saya.

Itu pelajar perempuan. Kalau pelajar lelaki. Lain pulak yang diperhatikan nanti. Bahaya!!
:-D

Friday, September 19, 2008

Fotografi

Senja di kampus (Dataran Sri Bendahara)

Semangat Merdeka (Batu Feringgi)

"WONDERPET, wonderpet kami datang. Membantu anak kucing yang kesusahan. Kami tak kuat dan kami tak besar bila berkerjasama semua jadi mudah"

Pokok hujan (Bandar Segamat)

Ada gaya :-)

Taman Istana Johor

Monday, September 1, 2008

Ramadhan 2008

Belakang rumah.


Alhamdulillah, pertama Ramadhan kali ini dapat saya sambut dengan Emak dan keluarga di kampung. :-)