Tuesday, September 23, 2008

Pemerhati

Petang semalam saya ada kelas dari jam 4 hingga 6 petang. Saya kira itu adalah waktu kepenatan yang puncak untuk saya mengajar dan juga untuk pelajar belajar ketika sedang berpuasa. Jadi saya tidak bercadang untuk membuat sesi kuliah yang berat. Sesi agak santai. Saya pulangkan kertas Ujian 1 kepada pelajar. Oleh kerana pencapaian keseluruhan sederhana sahaja. Saya minta setiap pelajar membuat pembetulan dan rujuk kepada saya sekiranya ada sebarang masalah. Objektifnya mudah, supaya mereka belajar dari kesilapan.

Sambil mereka membuat kerja masing², saya ambil kesempatan untuk beramah mesra. Biasanya sesi kuliah saya agak stress, mana tak nya, asyik² nombor, digit, tambah, tolak, darab, bahagi, punca kuasa, formula² yang rumit untuk diingati, jadi untuk beramah mesra dalam keadaan stress sebegitu memang boleh, tapi kurang efisyen. Maka saya menggunakan sesi santai kali ini sebaik mungkin.

Di tengah perbualan, seorang pelajar perempuan di barisan hadapan sekali menegur saya perlahan.
"Cik mesti banyak stock baju"
"Kenapa awak cakap macam itu?" tanya saya agak keliru.
"Takde la, saya tak pernah nampak Cik pakai baju yang sama dua kali"
"Owh, iye ke? Saya pun tak perasan"
"Ye Cik. Cuma baju Cik yang warna biru tu je saya pernah nampak dua kali"
"Biru yang mana?"
"Ala yang ada manik tu".

Hehe. Lucu betul. Tak sangka sampai ke tahap itu pelajar memerhatikan kita. Sebab itu saya tidak suka berfesyen ke kelas. Pakaian seragam saya, setiap hari baju kurung. Tiada kebaya apatah lagi kemeja.

Rakan sekerja saya pernah berkata
"Kau bergaya la sikit. Pakai kebaya ke. Kau tu muda lagi. Masih ada 'shape'"
"Aku pegi kelas nak mengajar. Bukannya nak buat 'fashion show'" balas saya.

Itu pelajar perempuan. Kalau pelajar lelaki. Lain pulak yang diperhatikan nanti. Bahaya!!
:-D

5 comments:

  1. cik,
    pelajar perempuan mmg camtu.sy sendiri pun mcm tue..hehe.sampaikan sy blh tahu baju apa yg lectre tersebut akan pkai pada setiap hr jumaat,sbb tiap2 hr jumaat dia akan pkai baju yg sama...hehehe.bukan ke penampilan tu cermin peribadi yg pertama..=)

    ReplyDelete
  2. alahh "cik" berbaju kurung nampak lagik manis dah ayu gitu.

    kalau pakai kebaya, takut nanti ada student lelaki yg pengsan pulak..hahaha

    ReplyDelete
  3. Anonymous9/27/2008

    Salam sejahtera,

    Photo-photo yang diambil memang menarik. Minta maaf kerana tidak memberi ulasan ketika e-mail tempohari. Saya bertangguh lalu terlupa.

    Saya ingin nyatakan yang UiTM Johor sedang membuat projek Muzium dalam kampus, salah satunya mempamerkan gambar-gambar kampus, pemandangan dalam kampus yang diambil oleh staf UiTM sendiri.

    Selamat hari raya, maaf zahir batin.

    MKI

    ReplyDelete
  4. Salam..Che Da! Dulunya i'm a wedding photographer but since sy pindah ke sini terpaksa gantung camera. Bila tengok gambar che da ambil tu memang cantik, ada roh di dalamnya. Bukan semua boleh berkarya dengan camera! Keep on goin!

    Selamat Hari Raya N Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  5. Anonymous10/09/2008

    fazah... x-student sy ke ni? huhu.. lecturer sendiri x ingat pakai baju apa jumaat lepas.. :-)

    trex... hehe... hg blom tgk aku pakai kebaya.. :-p

    prof... salam...
    time kasih... insyaAllah, kalau ada saya sumbang lah ke muzium tu.

    xcrider... ooo... x-photographer ke... bleh la jadi sifu saya nak belajar teknik & setting lepas nie ye...

    ReplyDelete