Tuesday, February 5, 2008

Bukit Tengkorak


Hari ini kakak saya ada latihan di Bukit Tengkorak. Adik dan saya diajak untuk turut serta. Menarik juga. Sudah lama saya tidak panjat bukit. Lagipun, dari rumah Kak Azah, nampak tidak begitu tinggi bukit tersebut.


Kami bertolak jam 3 petang, bersama 3 orang lagi staf Kak Azah. Bagi yang biasa pajat gunung/bukit, mungkin tidak rasa mencabar sedikit pun. Tapi bagi saya, agak memenatkan, walaupun trek dan tangga nya sudah disediakan. Namun, setelah sampai di puncak, penat hilang serta merta. Kami disajikan dengan pemandangan yang sangat indah. Dari puncak, Bukit Tengkorak kelihatan seperti padang golf. Tapi sebenarnya, yang kelihatan seolah-olah rumput itu adalah lalang. Yang sangat tinggi. Hinggakan ada kawasan yang lalangnya lebih tinggi dari saya. Tapi tersangat lah puas hati. Saya dan adik bersusah pada ke sudut bukit yang paling susah untuk sampai. Semata-mata ingin mengambil gambar dari sudut yang paling cantik.

Malangnya, sebahagian besar gambar, dipindahkan ke dalam komputer Kak Azah, yang tiba-tiba rosak, sejurus selepas gambar dipindahkan. SEDIH :-(


Semasa di puncak, Kak Azah menceritakan tentang sejarah Bukit Tengkorak. Katanya, pada satu masa dahulu, kaum Bajau Laut dan Sulu adalah bermusuhan. Mereka saling memenggal kepala dan kepala-kepala tersebut disimpan di bukit itu.

No comments:

Post a Comment