Saturday, February 2, 2008

Pekan Semporna

Kata Abg Nazree, 'trademark' pekan Semporna ialah Dragon Inn. Sebuah hotel terapung yang menyediakan penginapan dan juga restoran. Hotel terapung ini terletak di lokasi strategik di tengah pekan Semporna. Menjadi tumpuan pelancong, terutamanya yang ingin ke Pulau Sipadan, juga tumpuan penduduk setempat, untuk berehat, juga sangat sesuai untuk ber'dating'. Di situ juga terdapat kedai yang menjual aksesori dari mutiara dan kristral Sabah. Saya dan emak, menghabiskan masa hampir sejam membelek dan memilih aksesori tersebut untuk dijadikan kenangan dan buah tangan untuk saudara mara.






Dari atas pelantar, di sebalik air laut yang jernih, boleh nampak dengan jelas pelbagai jenis ikan berenang ke sana, ke mari.


Di hotel tersebut, terdapat juga perkhidmatan bot, untuk ke Pulau Sibu. Sebuah pulau yang perkampungan nelayan yang sangat cantik juga. Kalau tidak silap saya, pulau ini menjadi lokasi penggambaran filem Duyung, lakonan Apek dan Maya Karin. Banyak lagi pulau yang yang boleh dilawati, jika tidak silap saya, ada 8 buah pulau cantik yang tersenarai di dalam Semporna Islands Park. Oleh kerana air sedang pasang semasa kami di sana, jadi kami tidak menaiki bot. Kerana kata kakak saya, rugi sebab tak dapat lihat ikan, penyu dan hidupan laut yang lain dengan jelas ketika air pasang.




Di sebelah Dragon Inn, ada perkampungan kecil nelayan. Dan dari jauh dapat lihat pelantar/ jeti yang dijadikan tempat menaikkan ikan. Di sebelah petang pula, dijadikan tempat untuk kanak-kanak 'terjun tiruk'. Riang sangat suasana kanak-kanak bermandi manda di situ. Rata-rata, belum pun masuk sekolah sudah pandai berenang dan menyelam. Maklum lah, keturunan Bajau Laut. Tak perlu, "Bukit Merah Laketown Resort, atau Lost World of Tambun, atau Sunway Lagoon", sekadar jeti lama sahaja, sudah cukup untuk mereka bergembira, mandi -manda.

No comments:

Post a Comment