Tuesday, July 29, 2008

Waktu Sihat Sebelum Sakit

Minggu lepas, saya demam, batuk dan selesema. 5 hari juga. Sekarang demam dan selesema sudah baik, tinggal batuk sahaja belum sembuh. sudah 3 botol ubat batuk saya makan, tapi tidak juga sembuh, tapi sedang beransur pulih. Alhamdulillah.

Al-kisah, sebelum demam, saya memenuhi semua undangan makan-makan durian. Saya rasa semua jenis durian yang dihidangkan. Dari wang isinya berwarna putih - kekuningan- hingga ke warna jingga. Bayangkan sekiranya dalam satu jamuan dihidangkan 10 jenis buah durian dan setiap satu jenis saya rasa 3 ulas. Sudah 20 ulas kan. Kalau saya hadir 3 jemputan makan-makan durian, sudah 60 ulas. dalam masa satu minggu. Terus demam, sehingga kini tidak saya tidak berani menyentuh durian atau rambutan lagi. Tapi terliur juga setiap kali melintasi gerai-gerai durian di tepi jalan. tunggu lah, bila sudah sembuh batuk, mungkin boleh makan lagi.

Sebelum saya demam juga, kami sedang sibuk dengan persiapan audit AKNC dan AKPM 2008. Memang tersangat lah banyak kerjanya. Sehingga mungkin badan saya tidak dapat lagi menanggung kepenatan.

Saya berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat. Doktor nasihatkan saya supaya banyak berehat, kerana badan yang lemah akan menyebabkan antibodi lemah. Badan kena kuat, baru boleh cepat sembuh. Macamana saya hendak banyakkan berehat, kelas sahaja sudah 24 jam satu minggu. Sedangkan jam mengajar maksimum bagi seorang pensyarah hanyalah 18 jam.

Memang susah kalau badan kurang sihat. Selera makan kurang, badan lemah, tak dapat tumpukan perhatian dalam melaksanakan sesuatu (termasuk solat).

Jadi hargailah waktu sihat sebelum sakit!!

No comments:

Post a Comment