Thursday, June 4, 2009

Saya Kini Jutawan Bergelar Professor

Hari kedua dan ketiga dalam Grayscale, Sephia dan Vignette. Gambar-gambar diambil begitu sahaja sambil jalan-jalan. Boleh dikatakan semacam candid. Kualiti... oh, tidak seberapa.

Olympic Park.


COEX Mall

Tunggu tren Subway, menuju ke Insadong.


Siapa suruh duduk depan saya :D.


Lorong @ Insadong.

Hidup @ Insadong.

'Life in Motion' @ Insadong.


Kaki Lima @ Insadong. Insadong adalah lebih kurang macam 'art centre' di Seoul.

Kepada yang bertanya dan meneka-neka saya ke mana. Betul lah, Korea! :D

Korea University. Di universiti ini, semua pensyarahnya digelar 'Professor'. :D

Lelaki Korea di dalam kapal terbang : Working or studying?
Saya : Working.
Lelaki Korea di dalam kapal terbang : What do you do?
Saya : I teach at a local university.
Lelaki Korea di dalam kapal terbang : So you are a Professor?


Menanti ketibaan Subway lagi.

Budak Korea.
Pelik juga bila ramai perempuan muda di Korea sudah tidak sepet lagi. 'Plastic surgery' kah?


Gyeongbuk Palace. Senibina yang hebat! Entah berapa ribu batang pokok ditebang untuk membina istana ini. Tak mampu hendak saya kira.

Seni-bina @ Geongbuk Palace.

Seni-bina @ Gyeongbuk Palace.


Jalan-jalan di sekitar istana lama tersebut (berdekatan dengan kediaman Presiden) - tak ingat nama jalan. :D


Itaewon. Tumpuan ramai pelancong asing. Terdapat restoran halal dan kedai menjual barangan halal. Pelancong dari Malaysia wajib ke sini. Ada juga masjid.


Susah hendak jumpa papan tanda ini "HALAL".


Satu-satunya masjid yang saya kunjungi. Yang lain lebih jauh.


Ok-ok, yang seterusnya tidak sampai maksudnya dalam Grayscale!

Stesen subway ni kalau sesiapa yang tengok cerita My Sassy Girl atau Windstruck mesti ingat 'scene' heroin tengah tunggu subway sambil berangan sampai nak terjatuh. :D

Musim panas?? Biar betul. Hanya 20 darjah Celcius. Saya hanya pasang 'air-cond' pada 25 darjah di Malaysia!

5 comments:

  1. azmizal6/16/2009

    hoi...mmg semua pensyarah kat sini professor lah! kalau yg bukan prof tuh nama dia Jokyo..kerja dia check kertas exam jer! BTW TAKDE PROFESSOR MUDA KAT U AKU>>kau ingat tak kau jumpak professor aku...dia terkejut yg kau muda? aku tak ske aa gambar kau crop nih..berbagai bagai saiz...takleh ker kau guna satu saiz sajer untuk potrait and satu saiz untuk landscape..ha kalau boleh jadi jutawan ngan jual brooch tuh bagus lah..nanti bleh bina rumah untuk anak yatim dan orang tua yg dibuang anak sendiri!

    ReplyDelete
  2. errr.. aku lagi suka kalau kalerful.

    ReplyDelete
  3. aaaa... sifu dah jumpa blog aku... ni yang segan nie...
    ok baik sifu... lain kali saya pos gambar warna warni...

    ReplyDelete
  4. kalau tak lawat itaewon mmg tak sah ke korea kan he he he. jelesnya ida :(
    wehh balik weh. kelas dah nak mulaaa hehe

    ReplyDelete
  5. azmizal...
    jokyo tu tutor la :P
    hahaha... aku mmg tak reti resize gambar... ko bukannya nak ajar. asik tido jer... damn.

    kak jee...
    hehe... kelas mmg dah nak start... aiyakkk :(

    ReplyDelete