Monday, April 14, 2008

Trip Ganu - Klate


Seawal 8.30 pagi kami bertolak dari Segamat dengan menaiki bas UiTM. Kira² 25 orang kesemuanya. Hajatnya, saya ingin tidur sahaja sepanjang perjalanan, kerana keletihan yang amat. Mana tidaknya, semalam bertolak balik dari PGN(Pre-Graduate Night) di Hotel Equitorial Melaka sudah jam 11.30 malam. Pukul 1 pagi baru tiba di rumah, lepas itu kemas beg. Pukul 3 baru terlelap, pukul 6 pagi dah bangun.

Sampai di Muadzam Shah, kami berhenti sarapan. Tak ada selera makan. Saya ambil meehoon kosong dan teh tarik. Kemudian lunch di... (saya tak ingat nama tempat), tapi makan ikan bakar dan keropok lekor yang sedap.

Sepanjang perjalanan, saya tidak dapat tidur, sudah menjadi tabiat saya suka menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan. Sebab itulah saya mengambil tempat duduk depan sekali, di belakang pemandu. Bukan senang nak dapat pemandangan macam itu, melihat tempat orang.

Arah tuju kami ialah ke Sutra Beach Resort, di Setiu, Terengganu. Yang paling seronok nya, ketika kami melalui jalan di pesisir pantai Terengganu. Cantik sangat, kampung² di sana nampak damai. Saya suka lihat kampung nelayan, bot², air di kuala yang kehijauan.

Singgah pula minum petang di Marang, saya tak ingat nama pantainya, tapi betul² berdepan dengan Pulau Kapas. Kata kawan saya, Pulau Kapas terkenal dengan aktiviti mencandat sotong. Saya dah mula memasang angan² untuk ke sana. :-) Saya order kopi O kaww, sebab mata dah tak tahan sangat nak lelap, tapi hati tak nak lelap, seronok tengok pemandangan.
(Nota: keropok lekor di kedai tersebut tak sedapp :-(, ingatkan kat ganu semua keropok lekornya sedap²)

(Sutra Beach Resort & Spa)

Akhirnya, saya terlelap juga di dalam bas. Saya sendiri tidak sedar sejak bila. Buka mata, kami sudah sampai di Setiu. Pukul 7 lebih, kami tiba di resort. Cantik tempatnya. Saya paling suka pemandangan dari kolam renangnya. Letih sangat, lepas makan malam, mandi dan tidur. (Hari ini acara bebas :-)


No comments:

Post a Comment