Hari raya memang tidak lengkap kalau tidak ada ketupat. Ketupat dan hari raya ibarat irama dan lagu. Saling melengkapi. Ketupat hanya sedap dimakan semasa hari raya, dan hari raya tidak 'sedap' tanpa ketupat. Ketupat merupakan hidangan yang dibuat dari nasi atau pulut dan dibalut menggunakan daun kelapa atau palas. Biasanya nasi dibalut dengan daun kelapa dan pulut dibalut dengan daun palas. Tradisi menyediakan ketupat di hari raya bukan hanya diamalkan di negara kita, malah negara jiran seperti Indonesia. Ada 3 jenis ketupat yang saya biasa dengar. Ketupat palas, ketupat nasi (nasi himpit) dan ketupat sotong (dari Kelantan, saya tidak pernah rasa). Tak lupa juga, di Pulau Pinang ada tempat yang diberi nama Tanjong Ketupat (^_^)v. Mungkin sejarahnya ada kaitan dengan ketupat. Di Johor saya pernah jumpa ketupat yang berbentuk panjang, tapi tidak tahu namanya. Mungkin resepi Jawa.
Ketupat palas tidaklah susah hendak disediakan, cara balutannya pun tidak sesukar ketupat daun kelapa yang perlu dianyam terlebih dahulu. Saya ingat lagi, semasa kecil, menjelang aidilfitri banyak pokok kelapa yang akan ditebang. Pucuk kelapa akan dianyam untuk membalut ketupat. Bukan sebarang orang boleh menganyam. Sayang juga sekarang tidak ramai yang tahu menganyam ketupat, termasuklah saya (tetapi saya pandai balut ketupat palas). Mana tidaknya, ketupat segera (yang dibalut dengan plastik) boleh didapati dengan mudah di mana-mana dan pada bila-bila masa, walaupun bukan musim hari raya.

Saban tahun menu utama hari raya kami adalah ketupat palas. Ketupat nasi hanyalah sampingan. Itu pun jika ada permintaan, atau jika ada yang teringin hendak makan. Seperti biasa, tatkala menjelang aidilfitri sayalah pembantu utama emak di dapur. Tolong balut ketupat (banyak, 3 gantang beras pulut), tolong potong daging (banyak, 3 kilo), dan menyediakan bahan-bahan lain untuk rendang.
Boleh dikatakan ketupat palas emak memang terkenal dikalangan jiran dan saudara mara. Elok masaknya, cukup rasa dan tahan lama. Di tambah pula dengan rendang daging yang tidak boleh jumpa di mana-mana, kecuali di rumah saya. Resepi turun temurun, tetapi saya belum mewarisinya. Hmmm...
Kali ini, tidak puas rasanya makan ketupat palas emak. Hari raya ketiga sudah habis.
Sehari sebelum saya bertolak pulang ke Johor, emak tanya
"Tak mau bawak balik ketupat ka? Kalau nak boleh buat lagi. Bukan lama pun nak buat ketupat tu."
Kerana tidak mahu menyusahkan emak, saya menolak. Sekarang rasa menyesal pula.
Bila lah lagi boleh makan ketupat. Hari raya haji mungkin.

kalau aku ade di Malaysia..Mak mesti mtak aku yg potongkan daging untuk rendang..air tanganku sgt sedap!
ReplyDeletesy suka gambar2 che'da. :)
ReplyDeletesy suka gambar2 che'da. :)
ReplyDeletecekya... my old blogger fren... :-)
ReplyDeleteThanx...
azmi.. tak boleh... hang potong senget..
terima kasih cheda, sebab link blog saya :)
ReplyDeleteketupat sotong is the best. manis2 giteww. jatuh cinta bila mkn fes time dulu. terus menuntut ilmu ngan MIL. hehehe
ReplyDeleteketupat palas kat KL, dijual seringgit satu. phew. tapi, kalau buat sendiri memang puaslah makan. =)
ReplyDeleterasanya.. ketupat palas ni,ada jugak orang letak pulut hitam kan?
che da..wei ketupat yg hangpa wat time raya hari tu ka???????????? nak ketupat huhuhu...kau tau aku wat nasik impit kat sini pun dengan menekan nekan nasik yg dimasak dlm periuk karan secara manual...uhhuhu sian kan?
ReplyDeletebukan ni ketupat masa sambutan kat kampus... awat hg tak letak beras lam plastik pastu rebus... ok lah tu.. cara hg tu cara tradisional... :D
ReplyDelete