Tahun baru 1430H sudah menjelma, 2009 esok hari sahaja, semester baru juga sudah bermula. Namun saya masih menyiapkan diri untuk menghadapi semuanya. Sebetulnya, saya belum betul-betul bersedia.
Tahun adalah antara unit ukuran waktu. Tahun sering dijadikan penanda aras untuk memulakan sesuatu yang baru, dan meninggalkan yang lama. Kalau difikirkan, sama sahaja hari ini dengan esok atau lusa, ia suatu ruang waktu, terserah kita bagaimana mahu mengisinya. Walaupun hari ini 2008 dan esok 2009.
Saya tidak faham kenapa Tahun Baru disambut besar-besaran. Kenapa perlu ada konsert, membakar duit (bunga api), berpesta (hingga ke pagi botol bergelimpangan). Berbanding sambutan Maal Hijrah, ada sebabnya, sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. Namun, banyak yang saya belajar dari 2008, saya mohon yang lebih baik untuk 2009.
Setahun sudah usia blog ini. Alhamdulillah, saya berusaha keras supaya bahasanya tidak rojak seperti blog lama. Saya berusaha untuk mendapatkan kembali bakat menulis saya yang telah lama pudar. Betullah kata orang, orang bahasa lemah matematik, dan orang matematik lemah bahasa. Saya pernah buat ujian, dan saya "multi-talented". Mahir bahasa dan matematik. Namun saya tidak boleh fokus pada kedua-duanya pada masa yang sama. Zaman sekolah, saya selalu menjadi pelajar terbaik bahasa, namun saya gagal matematik (hanya lulus semasa SPM). Namun apabila saya menceburi bidang Sains Matematik, saya dapati kemahiran bahasa semakin lama semakin hilang. Dengan adanya medium ini, harap saya boleh menulis semula. :-)
Sejujurnya, saya tidak bersedia untuk menghadapi semester baru ini. Semuanya kerana saya perlu mengajar subjek baru. Subjek yang paling tidak saya gemari sewaktu belajar dahulu. "Design and Analysis of Experiment", dengar pun sudah takut kan? Walaupun saya skor, namun saya tidak faham apa-apa pun sebenarnya. Sehingga kini saya masih berfikir bagaimana saya harus menyampaikan ilmu tersebut. Sepatutnya, saya perlu lebih positif dan berani menghadapi apa pun cabaran dalam dunia pendidikan. Namun, memikirkan kekangan beban kerja dan masa yang ada, saya ragu-ragu. Takut sekiranya tidak dapat menyampaikan ilmu dengan baik. Saya takut!!! :'-(
Wishlist:
1. Kamera/lensa/aksesori.
2. Kereta baru?
3. Ke Korea.
4. Mohon PhD?
5. Beg dan kasut LV :-D.
6. Belajar editing (CS3/4 & Lightroom)
7. Penyelidikan berdaftar.
8. Fotofolio sendiri :-D.
9. ******* (opss!).

cik da...wish list yang last tu mesti kawen kan...?
ReplyDeleteopsss... salah tu lah... cuba tgk ada berapa space... :P
ReplyDeleteDesign and Analysis of Experiment??subjek bdk kos mana tu cik?Ooo..sy ingatkan sume tenaga pengajar faham apa yg diaorg blajr dulu then baru dpt ajr anak murid,rupenye sama je ea..mcm subjek management..sy score tp sy xfaham..huhuhu.. ala..yela tu cik huda..tak ngaku ea yg no.9 tu..suppose no.9 jd no 1..hahaha - fazah-
ReplyDeletefazah,
ReplyDeletebiasa lah, setiap org ada kelemahan.
even student 1st class pun, sure ada subjek yang kurang faham. :-)
no 9 tu rahsia... hehe
hehe...bila rahsia, akan menyebabkan ramai orang nak tahu.....tapi kalau dapat jgn lupa bagi tau
ReplyDeletehurm............oleh sbb tahun nih hang tak jadik mai..mai la tahun depan waktu aku grad.
ReplyDelete