Pernah kah kamu bangun dan menyangka hari ini adalah semalam? Kamu bersedia untuk melakukan perkara semalam, padahal ianya hari ini. Kamu terkejut apabila mengetahui ianya hari ini, kerana kamu menyangka hari ini adalah semalam. Kamu tidak bersedia untuk melakukan perkara hari ini, kerana kamu fikir esok adalah hari ini. Kamu kelam kabut membetulkan keadaaan supaya hari ini menjadi hari ini. Kamu terkejar-kejar takut kalau terlepas perkara yang perlu dilakukan hari ini kerana esok kamu tidak lagi boleh melakukan perkara hari ini tersebut. Kamu hampir-hampir putus harapan, mengenangkan perkara hari ini yang mungkin terlepas hanya kerana kamu menyangka hari ini bukan hari ini. Kamu terfikir apa akan terjadi andai hari ini tiada lagi.
Hari ini adalah hari ini. Kita hanya ada hari ini. Kerana, semalam tiada lagi hari ini, esok belum tentu ada hari ini.
Nota: Saya bangun hari ini dan menyangka hari ini adalah semalam (Selasa). (-_-")
ini tanda anda telah "mereng"
ReplyDeleteyeke cik..
ReplyDeletekecik selalu bangun pagi dan akan fikir da habis belaajar ke..x sabar..
anyway,doakan ssaya untuk final ini.i mean.'kami'.
tul tu..me to pnah rase cmtu
ReplyDeleteSalam Miss,
ReplyDeleteSaya pun pernah hadapi ini. Tapi biasanya berlaku kalau saya tidur waktu lepas Asar. hehe.
hanya tersedar bila ada orang call suh jaga exam? agagaga~
ReplyDelete