Thursday, November 5, 2009

Bertolak-ansur


Semasa kecil dahulu, jika saya berebut sesuatu dengan adik-adik atau berebut sesuatu dengan sepupu yang datang bermain di rumah, abah sering meminta saya menyerahkan kepada mereka, atau pun abah akan mengambilnya dari tangan saya dan menyerahkan kepada mereka. Saya sering berfikir abah lebih sayangkan adik, atau lebih sayangkan orang lain berbanding anak sendiri.

Kini, saat ini, baharu saya sedari, bahawa sebenarnya abah mahu mendidik saya menjadi seorang yang bertolak ansur. Bertolak-ansur itu sifat mulia. Dan sesungguhnya setiap perbuatan yang baik ada ganjarannya.

Saya melihat seorang ibu yang sedang memerhatikan anaknya berebut mainan dengan saudaranya. Lalu si ibu mengambil mainan tersebut dan menyerahkannya kepada saudaranya itu. Dari mata, perbuatannya nampak mulia.

Cuba bayangkan anda melihat seorang ibu sedang memerhatikan anaknya berebut mainan dengan saudaranya. Lalu si ibu mengambil mainan tersebut dan menyerahkan kepada anaknya. Dari mata ,nampak buruk perangainya, bukan??

3 comments:

  1. che Da, kite penah buat camtu masa anak-anak berebut something...sampaikan si hazeeq pernah keluarkan statement.."mama ni..sayangkan adik je.." terkedu kite mendengarnya...

    ReplyDelete
  2. Anonymous11/09/2009

    hurm..kalau kami berebut..bukan abah amik simpan..dedua terus tak dpt..share atau tak dpt lansung!

    ReplyDelete
  3. che da,

    saya dan angah(adik saya) pernah merajuk lari dari rumah sebab kecik hati dengan abah (lari belakang rumah ajer). Dan baru siang tadi, huhu...harraz dan luqman gaduh sampai gigit2 berebut laptop...dan dua2 kena cubit!!

    ReplyDelete