Wednesday, November 26, 2008

Beralih Musim

Akhirnya, musim peperiksaan tamat. Lega! Sekarang tiba musim cuti. Soalan lazim yang akan ditanya jika terserempak dengan mana-mana staf,
"Tak cuti ke?"
"Tak balik kampung ke?"
"Bila cuti?"

Tak larat juga hendak menjawab. Asyik beri jawapan yang sama sahaja.
"Belum lagi, hujung minggu ada kursus. InsyaAllah raya haji nanti balik kampung, nak cuti lama sikit".

Harap-harap cuaca masih baik walaupun musim tengkujuh. Bolehlah bercuti dengan tenang. Dan harap-harap di sini tidaklah banjir seteruk tahun-tahun lepas.

No comments:

Post a Comment