Sepatutnya tajuk di atas ialah "Temuduga : Dugaan Pertama Alam Pekerjaan" supaya lebih jelas. Tetapi saya memang suka begitu, jadi biarlah. :-D
Saya dilantik menjadi panel untuk 'mock-teaching' dan menemuduga calon-calon pensyarah baru bidang Statistik dan Matematik. Ada 11 orang semuanya, 2 orang tidak dapat hadir. Ini bermakna kebarangkalian 9 orang calon yang hadir untuk berjaya menjadi pensyarah di sini meningkat. Ini adalah pengalaman pertama saya menjadi panel. (Sebelum ini, saya hanya pernah menemuduga pelajar sahaja). Teringat pula temuduga-temuduga yang pernah saya hadiri. Entah bagaimanalah persepsi panel-panel tersebut terhadap saya.
Walau apa pun, yang pasti 'temuduga sebenar' pertama yang saya hadiri adalah yang paling teruk antara semua. Waktu itu saya sangat muda (21 tahun) dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana. Saya dan rakan serumah cuba-cuba memohon kekosongan jawatan yang diiklankan di akhbar setelah mendapati kami memenuhi syarat-syarat untuk layak memohon. Jawatannya ialah Pengurus di MPOB. Perasan terkejut dan takut bercampur apabila kami menerima surat temuduga. Terkejut kerana tidak menyangka kami akan disenarai pendekkan. Takut kerana ini adalah temuduga yang pertama. Namun kami gagahi juga atas alasan untuk mencari pengalaman. Kami ke sana tanpa sebarang persediaan. Penampilan pun biasa sahaja. Mungkin untuk penampilan sahaja kami sudah hilang lebih dari separuh markah. Dengan baju kurung yang sudah lama, sandal (bukan tumit tinggi dan tidak bertutup), tiada 'make-up' dan hanya membawa beg kuliah, kami merasakan diri begitu kerdil berbanding dengan calon lain yang datang dengan kot/blazer dan solekan ala-ala artis. Kami masuk berdua ke bilik temuduga, dan tidak dapat menjawab hampir setiap soalan (Ada ke patut, mereka bertanya tentang proses pembuatan minyak sawit. Oh, saya pelajar Statistik ok!). Maka sudah pasti kami tewas dengan staf-staf MPOB yang sedia ada yang memohon dinaikkan pangkat ke Pengurus. Namun tidak mengapa, yang penting pengalaman. Lagipun kami sememangnya belum bersedia ke alam pekerjaan pada waktu itu.
Saya katakan temuduga di atas adalah 'temuduga sebenar' yang pertama kerana saya pernah menghadiri 'mock interview' sewaktu di MRSM. Kami perlu membuat kajian tentang kerjaya yang dipilih dan akan ditemuduga berkaitan dengan kerjaya tersebut. Saya dan rakan (Allahyarhamah Kapt Nur Intan Asykeen, Al-Fatihah) membuat kajian tentang juruterbang (Alhamdulillah, Sykeen berjaya juga jadi juruterbang). Pada mulanya saya yang memberi cadangan oleh kerana mahu membuat kajian lain dari yang lain (ternyata hanya kami berdua yang membuat kajian tentang kerjaya juruterbang). Saya melihat minat Sykeen terhadap kerjaya ini mula berputik semasa kami sedang membuat kajian tersebut. Beliau sangat teruja, dan hasilnya kajian kajian kami mendapat perhatian dan pujian.
Kami berdua (saya dan Sykeen) pernah menghadiri 'Walk-in Interview' sebagai operator di sebuah kilang di Kulim semasa sedang menunggu keputusan SPM. Namun tidak dilayan oleh penyambut tetamu di lobi kilang berkenaan.
"Mentang-mentanglah kita ni datang nak 'interview' jadi operator je, dia buat tak layan", kata Sykeen.
"Tak apa, nanti bila kita dah keluar U, kita datang sini mintak jadi 'manager' ke, 'engineer' ke, lepas tu kita ajar sikit akak yang jaga kaunter tu", balas saya.
Namun malangnya, belum sempat kami menamatkan pengajian, kilang tersebut sudah tutup.
Semasa temuduga untuk jawatan sekarang, Dekan ada bertanya kepada saya,
"Kita ada kekosongan di Kelantan dan Johor, awak pilih yang mana?"
"Ini macam 'confirm' dapat je", kata saya dalam hati je. (Hehe).
Jawapan saya ialah tempat di mana saya ada sekarang. (Kenapa lah tidak pilih yang satu lagi).
Temuduga adalah dugaan pertama yang perlu diharungi sebelum memasuki alam pekerjaan. Di dalam alam pekerjaan itu sendiri ada seribu satu macam dugaan yang menanti.
Tips untuk temuduga:
1. Penampilan yang sedap mata memandang. Jangan tiada langsung dan jangan berlebih pula. Senyum (walaupun tak tahu jawab :-))
2. Kenali bakal majikan dan tugas-tugas jawatan yang anda pohon.
Saya bukanlah pakar, oleh kerana baru sekali menjadi panel. Namun, pada saya yang dua ini paling penting, yang lain boleh 'Google' sahaja. :-)

I know....I know..why you chosed Johor over kelantan at that time..You always say that mat kelantan bla bla bla...orang kelantan bla bla bla..."oh look at how he dress..with sunglasses cam Mat kelantan lah!"...and now look at you~you are becoming one of them!..I hope my future nice and nephew tak ckp Kelantan....nate beruk sungguh..but the most important thing..I dont care as long as you are happy....kelantan pun kelantan lah..boleh makan nasik kerabu~"aaaarg nak balik malaysia!"
ReplyDelete