Analogi.
Situasi 1
A : Saya hendak ke kelas mencari ilmu.
B : Saya hendak ke kelas menerima ilmu.
Situasi 2
A : Saya hendak pergi kerja mencari rezeki.
B Saya hendak pergi kerja menerima rezeki.
Dua situasi berbeza, ringkas dan mudah.
Lalu saya meminta pelajar memberikan perbezaan sifat yang mereka fikir mungkin di antara A dan B.
"Ini adalah serius, saya tidak mahu jawapan yang berunsurkan jenaka".

Lima minit kemudian, jawapan diterima. Pelbagai, namun saya boleh rumuskan secara amnya, yang baik-baik untuk A dan B tidak baik. Ada juga yang memberi maklumbalas diluar topik perbincangan. Mungkin arahan yang diberi terlalu sukar untuk difahami.
A adalah seorang yang positif, berusaha untuk memperoleh sesuatu, tidak mudah putus asa, rajin, tidak bergantung harap pada orang lain, berani, dan banyak lagi.
B adalah yang sebaliknya.
"Siapa yang datang ke universiti ini untuk mencari ilmu, bukan untuk menerima ilmu yang diberi?"
"Siapa yang datang ke kelas saya dengan niat 'saya ingin belajar tentang statistik hari ini'?"
"Siapa pula yang hanya mengikut rentak rakan-rakan lain, menghayun langkah demi langkah ke kelas, duduk dan 'oh, sekarang kelas Statistik'?"
"Siapa yang datang ke kelas hanya untuk menunggu pensyarah memberi, memberi dan memberi apa yang harus dipelajari?"
"Tidak perlu jawab semua. Jika jawapan kamu 'Ya' untuk soalan yang terakhir, kamu ialah B. Jadi fikirlah samada kamu ingin menjadi A atau B".
Mungkin sesuatu yang agak berat untuk mereka fikirkan di pagi hari. Mungkin juga hanya menambahkan rasa mengantuk mereka bila saya membicarakan perkara sebegini. Saya juga tidak pasti apa mereka faham atau tidak. Kalau hendak diikutkan, mahu saja saya berceramah tentang A dan B. Namun ada silibus yang perlu dihabiskan.
..........................................................................................................................................................................
Bila fikirkan tentang B, saya terbayangkan 2 perkara. Pertama anak burung yang belum berupaya terbang sedang menunggu ibunya pulang dan menyuapkan makanan dengan paruh ternganga-nganga. Kedua, orang kurang upaya yang menunggu orang lain memberi ihsan di kaki lima. Tetapi itu mungkin tidak mengapa, masih boleh diterima kerana anak burung dan orang itu kurang upaya.
Bayangkan jika burung yang sedah dewasa, mempunyai sayap yang kuat tetapi masih menunggu ibunya pulang dan menyuapkan makanan. Buruk bukan. Namun hakikatnya, hukum alam menyatakan tiada burung yang sebegitu. Maka perbuatan begitu nyata melanggar hukum alam.
Cuba bayangkan pula, pemuda bertubuh saya, tiada cacatnya dan berupaya. Duduk di kaki lima dan menunggu orang lain memberikan ihsan. Buruk bukan?
Cuba bayangkan pula seorang pemudi yang cantik jelita, cukup sifatnya, duduk bersenang-senang di rumah sambil menonton televisyen dan membaca majalah kegemaran. Sedangkan si ibu yang baru balik dari pasar sedang bertungkus-lumus menyediakan santapan tengahari. Siap memasak makanan dihidang, lalu datanglah anakanda puteri yang sudah kelaparan ke meja hidangan untuk bersantap. Malah disuapkan lagi. Buruk bukan?
(Siapa yang ingin bermenantukan tuan puteri ini, sila maklumkan kepada saya).
Cuba bayangkan pelajar yang mengangakan mulut untuk 2 jam, menunggu untuk disuap dengan ilmu pengetahuan yang mereka harus tahu untuk lulus peperiksaan dan mendapat segulung ijazah. Buruk bukan?
(Kadang-kadang, oleh kerana terlalu kuat imaginasi saya ada melakukan ini, membayangkan pelajar-pelajar sedang mendongakkan kepala, menganga mulut seluasnya semasa kelas, dan saya tertawa sendiri. Buruk rupanya.)
Sedih sebenarnya apabila memikirkan etika para pelajar kini. Bahan-bahan kuliah, nota semua telah terhidang. Hidangan dicantikkan lagi dengan alat bantu mengajar. Namun tiada inisiatif untuk belajar. Hanya menunggu dihidang dan disuap satu demi satu. Dan semuanya mestilah dilakukan dengan beradab (adab dalam kamus mereka), jika tidak sampailah berita kepada orang-orang atasan.
Kalaulah saya masuk ke kelas, tanpa sebarang hidangan. Hanya berbekalkan bahan mentah, hanya bercakap, bercakap dan bercakap. Saya fikir sekurang-kurangnya 80 peratus akan gagal.

Pesan arwah abah yang saya ingat sampai ke hari ini
"Jangan tumpang keringat orang".
Dalam maksudnya, kalau mahukan sesuatu, berusaha untuk dapatkan sendiri, jangan harapkan orang lain melakukannya untuk kita.
Abah menanamkan ini kepada kami dalam hal sekecil-kecilnya hingga hal yang paling besar. Abah tidak akan memberikan kepada kami walau sepuluh sen jika kami tidak berusaha dan hanya meminta. Beliau akan memberikan dalam bentuk ganjaran setelah kami melakukan sesuatu. Bukan hanya dengan meminta.
Sewaktu kecil, saya pernah menangis semahunya untuk mendapatkan 20 sen bagi membeli aiskrim. Namun hati abah keras, beliau tetap tidak beri.
Keesokannya abah berkata
"Siapa mahu 20 sen tolong picit belakang abah", saya dan adik berebut untuk memicit. Kami masing-masing medapat 20 sen.
Saya masih ingat dengan jelas kali pertama abah berpesan
"Jangan tumpang keringat orang".
Waktu itu saya bersekolah darjah 6. Selepas makan tengahari saya hanya membiarkan pinggan di atas meja kerana mahu mengejar cerita di televisyen. Tiba-tiba dipanggil abah, saya dimarahi. Saya tidak ingat kata-kata abah, apa yang saya ingat ia cukup pedih untuk membuatkan saya menangis semahunya. Saya disuruh membasuh pinggan tersebut saat itu juga.
"Kenapa kerana pinggan sebiji saya perlu dimarahi sebegini? Besar sangatkah kesalahan tersebut?", bisik hati saya.
Malamnya selepas makan, saya membasuh pinggan. Serik akibat dimarahi siang tadi. Hanya tinggal abah dan saya di dapur. Saya perasan abah hanya memerhatikan saya membasuh pinggan. Saya tidak berani berpaling, tidak mahu bertentang mata dengan abah. Lagipun saya masih kecil hati kerana dimarahi disebabkan hanya sebiji pinggan. Selesai saya membasuh pinggan abah berkata
"Macam itu lah anak abah, rajin. Hendak makan dalam pinggan bersih kan? Jadi basuh sendiri. Jangan harapkan orang lain yang basuhkan untuk kita. Jangan tumpang keringat orang".
Saya hanya berlalu waktu itu, tanpa sepatah kata. Hati kecil masih terguris. Apabila teringat kembali peristiwa itu, baru saya faham kenapa saya dimarahi kerana sebiji pinggan.
Sehingga kini juga saya tidak selesa apabila ada orang tolong membasuh pinggan untuk saya (kecuali jika makan di kedai). Selalu saya berpesan kepada rakan serumah, supaya tidak membasuh pinggan saya.
Pesan abah itu akan saya ingat sampai bila-bila.
Jadi jika hendak belajar, hendak pandai, berusaha sendiri untuk cari ilmu. Bukan mengharapkan orang lain memberikan ilmu kepada anda.

hahah ckp pasal abah~satu mende yg aku pasti...abah nih bukan sorang yg sukar dengar anak dia mengadu sesuatu yg berlaku akibat kebodohon sendiri....misalnya panjat pokok jatuh...or mandi ban pastu luka.........alamat mampus la org itu...bukan mau kesian lagi teruk kena ada aaaaa........abah suka kat " Ha mau lagi?"
ReplyDeletelagi satu kalau main kat bendang pastu jari tersepit kat kubota. hahaha... cari penyakit betul. nasib baik tak putus :P
ReplyDeletesapaaaaaaa kata tak putus......putus lah tergantung ngan secebis kulit jer tau!!..satu putus satu lagi luka jer.seb baik doctor tuh berjaya sambung balik..peliknya jari aku normal jer skrg....tapi kalau tgk dekat dekat orang akan perasan gak sebab nmpak parut keliling jari.
ReplyDelete