Saya tinggal di rumah-seperti-apartment, tiga tingkat semuanya dan setiap tingkat hanya mempunyai sebuah rumah. Kata orang tinggal di rumah sebegini, lantai kita bumbung orang, bumbung kita lantai orang. Jadi mendengar bunyi-bunyi dari rumah lain sama ada rumah bahagian atas atau bawah (terutamanya bahagian atas) adalah perkara biasa. Saya boleh mendengar dengan jelas dan boleh mengagak apa yang sedang dilakukan oleh penghuni rumah di atas. Dari bunyi tapak kaki berjalan, melompat, berlari, memaku, mengemas rumah, mengalihkan perabot, barang jatuh, bermain bola, menumbuk sambal, membeli gas dapur yang baru, malah bunyi jika mereka ke tandas (bunyi 'flush' air yang turun) dan membasuh pinggan juga kedengaran sangat jelas. Saya ada berbual dengan jiran-jiran, ternyata mereka juga boleh mendengar 'bunyi-bunyi' dari saya. Namun yang paling misteri adalah bunyi mengalihkan perabot.
Kadang-kadang apabila bertemu muka dengan jiran-jiran, kami masing-masing akan bertanya,
"Kemas rumah ya semalam? Rajinnya". Soalan yang biasa ditanya oleh jiran kepada saya dan saya kepada jiran.
"Tak adalah, saya tak buat apa-apa pun". Jawapan yang biasa didengar.
"Habis tu saya dengar bunyi macam sibuk kemas rumah je". Reaksi berikutnya.
"Saya pun dengar, ingatkan akak yang kemas".
Kemudian, sama-sama bingung. Memikirkan dari mana datangnya bunyi itu. Kadang-kala siang hari, kadang-kala malam hari.
"Mungkin orang atas", andaian kami.
Namun apabila ditanya kepada orang atas, jawapannya
"Saya tidak mengemas pun".
"Saya hanya menonton televisyen di rumah pada waktu itu".
Atau,
"Saya tiada di rumah".
Persoalan tidak berjawaban dan kami ditinggalkan dengan seribu tanda tanya yang penuh misteri.
Pernah pada satu siang di hujung minggu, saya dan rakan serumah mendengar bunyi seperti jiran di atas sibuk mengalihkan perabot ke sana ke mari. Terlalu jelas sehingga kami boleh tahu sama ada kerusi, meja, sofa, almari atau katil yang di alihkan. Kami lantas menelefon mereka,
"Encik tengah kemas rumah ke?"
"Tak adalah saya tengah tengok televisyen. Kenapa?".
"Dengar bunyi macam tengah alih-alih kan perabot".
Kami tidak memanjangkan perkara tersebut. Masing-masing diam berpura-pura faham seolah tiada apa yang berlaku, mungkin kami hanya tersalah dengar. Padahal, bunyinya sangat jelas dan saya sangat pasti saya tidak bermimpi di siang hari dan yang pastinya bukan di dengari oleh saya seorang sahaja.
Satu ketika, sebelum jiran di atas rumah saya berpindah masuk kerumahnya, rumah tersebut kosong untuk satu tempoh yang agak lama. Namun kerap juga saya dan rakan serumah mendengar bunyi-bunyi tapak kaki, barang jatuh dan bunyi perabot yang dialihkan. Pada mulanya, kami membuat andaian mungkin ada 'cleaner' sedang mengemas rumah tersebut sebelum jiran baru masuk. Sehinggalah satu malam, kami mendengar bunyi perabot dialihkan ke sana ke mari dengan begitu jelas dan lama (hingga lewat malam).
"Takkan lah 'cleaner' nak kemas sampai ke tengah malam?", lagi persoalan kami yang tidak berjawab.
Akhirnya kami membuat andaian mungkin jiran baru telah masuk ke rumahnya dan sibuk mengemas untuk menyedapkan hati.
Keesokannya, kami bertekad untuk mencari jawapan dan mungkin melawat jiran baru. Kami ke rumah atas yang tidak berkunci tiada berpenghuni. Apabila kami masuk ke dalam rumah tersebut, kami mendapati susun aturnya seperti sebelumnya. Tidak ada satu perabot yang berubah satu inci pun. Kami juga dimaklumkan bahawa selama ini tidak ada 'cleaner' yang mengemaskan rumah tersebut.
Diam lagi. Persoalan dibiarkan sahaja. Sebolehnya tidak mahu memperbesarkan hal tersebut.
Banyak kali juga (lebih 5 kali) persoalan kami diakhiri dengan andaian jiran baru sudah masuk, namun ternyata andaian kami salah sama sekali.
Mungkinkah itu imaginasi kami berdua sahaja?
Pada satu malam, kedengaran lagi bunyi-bunyi yang sama hingga larut malam. Kami menelefon jiran di tingkat bawah sekali. Ketika itu bunyi-bunyi tersebut sedang kedengaran dengan jelas.
"Akak ada tak dengar bunyi orang alih perabot sekarang?"
"Ada, tu la dari tadi lagi akak dengar".
Terbukti, ia bukan sekadar imaginasi kami berdua.
Saya ada mendengar cerita-cerita tentang rumah tersebut. Ada yang berkata sebelum ini lebih teruk sehingga perlu panggil ustaz untuk membuat 'pagar'. Saya malas hendak bertanya lebih terperinci, takut nanti saya yang takut tinggal di sana.
Sudah lama bunyi-bunyi tersebut tidak begitu kedengaran. Mungkin sudah lebih setahun. Namun sejak akhir-akhir ini ia kembali. Dan saya kembali tidur dengan lampu kalimantang yang terpasang.
Nota : Kadang-kadang sambil menonton televisyen, atau berjalan hendak ke dapur, tiba-tiba terasa seram sejuk sahaja. (-_-")

Aslkm... First time baca blog ni.. sy tertarik sgt dgn gambar2 yang diselitkan.. kalau nak belajar teknik2 fotografi agak2 boleh tak?? heheh ;)
ReplyDeletewsalam... cik fiza, rasanya saya bukan lah orang yang tepat untuk belajar teknik2 tu. tapi insyaAllah kalau sekadar berkongsi ilmu yang tidak seberapa ni boleh sahaja. :)
ReplyDeleteSekarang tgh survey nak beli camera.. tapi byk sgt pilihan. kalo utk yg baru2 nak belajar ni, boleh tak bagi suggestion, camere jenis apa yang sesuai.
ReplyDeletetq..
erk...saya pun rs mcm pernah mengalami kejadian tersebut semasa berada di rumah cheda...
ReplyDeleteCik..
ReplyDeletebtul2 rindu cik..
bleyh x t nak tido umah?
cik fiza_kiut boleh belajar dari saya! saya tak terer sangat tapi ..boleh lah kalau nak kongsi kongsi..akak saya nih..noob tapi byk comment..ahahah
ReplyDeletekalo dapat kongsi ilmu dari dua2 pun lagi bagus...hehehe
ReplyDeleteche da, tdo malam x baek pasang lampu.. badan x dapat rehat secukup nyer. + pernah terbaca dalam readers digest, leh menyebabkan penyakit parkinson~ nauzubillah.
ReplyDeleteerk ida..
ReplyDeletedah la kebetulan waktu org baca ni, org tinggal sorang2 :|
erk..ada lagi kes tu?ingatkan dah hbs dah...kena panggil geng2 penyiasat 'hantu' ni dtg wat liputan..hmm...tp kan, mas pernah jer dok kat ting atas tu sorang2,anehnya tak ada lak perkara ganjil yg berlaku..tp,bila dah turun ke ting bwh,mcm2 bunyi aneh berlaku. seingat mas,ia mula berbunyi pd hujung tahun 2006. btl tak?skrg ni ada lg ke or tinggal kt ting atas? ke dah pindah?
ReplyDelete