Thursday, August 6, 2009

Ikut Resmi Padi

Semakin berisi, semakin tunduk.


Ketika berbual di telefon pada satu hari, emak berkata,

"Nanti kalau hangpa balik bulan puasa padi tak ada, orang dah ambil. Macamana nak ambil gambar?". (maksudnya : padi sudah dituai).

seakan sudah faham tabiat anak-anak yang suka ke belakang rumah dan mengambil gambar setiap kali pulang ke kampung.

"Tak apa, boleh ambil gambar orang bakar jerami, orang bajak tanah atau gambar bangau", jawab saya.

Sebutir beras ibarat setitik peluh petani.


Bersedia untuk menangkap ikan.



Sudah menjadi tradisi kanak-kanak atau orang-orang kampung menangkap ikan di lopak-lopak yang kering apabila tiba musim menuai. Ikan-ikan seperti belut dan haruan selalunya banyak terdapat di sawah dan ianya menjadi sasaran utama, disamping ikan puyu yang sedap jika dibuat pekasam. Saya syorkan belut dan haruan kepada yang belum pernah merasa kerana ianya sangat sedap. Jika anda suka makan ikan keli, belut adalah 10 kali lebih sedap dari keli. Ikan haruan pula sedap dimasak lemak bersama timun, dan sangat tinggi khasiatnya. (Kecur pula rasanya :-D)



Nota : Adik saya balik hari ini. Saya tahu dia mesti terus akan ke sawah apabila tiba di rumah dan makan Char Koay Teow. Tak sabar hendak pulang menyambut puasa!

3 comments:

  1. Salam.

    Che Da pun orang kampung juga rupa-rupanya... Kampung memang indah dan menyegarkan, lebih indah dan menyegarkan adalah kampung sendiri, setuju tak?

    ReplyDelete
  2. wsalam...
    hehe... saya mmg org kampung, betul jugak tu...
    tapi saya mmg suka kampung yang ada sawah atau pantai... tak kisah kampung sapa2 pun :D

    ReplyDelete
  3. Anonymous8/12/2009

    yup...kami terus ke char koey toew..lol..sedapnya!

    ReplyDelete