Friday, January 1, 2010

Budiman


Jawapan kepada entri 6 November,


"Zaman sekarang,
lelaki makin sedikit,
hendak cari yang elok, lagi sedikit".




Hujan renyai-renyai. Seorang wanita sedang berjalan laju menuju ke perhentian bas. Kelihatan sekumpulan lelaki penunggang motosikal sedang tumpang berteduh di perhetian bas tersebut. Ada juga beberapa orang wanita lain. Ada yang menunggu bas, ada pula yang membonceng motosikal. Mungkin saudara, mungkin juga teman wanita. Oleh kerana hujan semakin lebat, wanita tersebut mempercepatkan langkah beliau. Entah bagaimana, kerana tidak nampak lubang pada jalan yang digenangi air, lalu wanita itu terpelecok terduduk di atas jalan. Habis kotor dan basah bajunya, tudung yang dipakai juga sudah senget hampir mahu tercabut, kasutnya yang sebelah tercabut.


Pada firasat anda, apakah tindakan yang akan dilakukan oleh sekumpulan lelaki-lelaki di perhentian bas tersebut?


Saya berani jamin, lebih separuh daripada mereka akan ketawa. Selebihnya tengok sahaja, mungkin menahan ketawa. Jika tidak percaya, anda boleh cuba.


Dari dulu hingga sekarang, saya tidak faham kenapa lelaki suka mentertawakan orang lain. Dari zaman sekolah, hingga zaman bekerja saya masih tidak faham.


Semasa zaman persekolahan saya tidak faham kenapa setiap kali saya atau rakan-rakan memberi jawapan yang salah kepada soalan yang diajukan oleh guru, mereka akan tertawa. Saya cuba mencari unsur-unsur lawak/kelakar, tetapi jelas tiada unsur itu. Akhirnya, saya membuat kesimpulan mungkin kerana mereka menganggap orang yang memberi jawapan itu bodoh dan ianya kelakar. Bukan setakat itu sahaja, malah orang yang bertanyakan soalan juga ditertawakan mereka. Mungkin pada mereka itu soalan bodoh, jadi ianya kelakar. Padahal, mereka adalah orang yang sepatutnya ditertawakan, kerana berjiwa pengecut, tidak berani menjawab atau bertanyakan soalan.


Sehinggakan pada waktu itu, saya terus menjadi takut untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru, takut salah dan ditertawakan. Juga takut untuk bertanya, nanti akan ditertawakan.


Cuba anda fikir, yang mana lebih kelakar, lelaki yang bertubuh sasa tetapi pengecut atau orang yang memberi jawapan salah?


Semasa di universiti, saya memilih untuk duduk di barisan hadapan sekali, setiap kali kuliah atau tutorial. Lebih dekat dengan pensyarah, lebih mudah untuk saya menjawab dan bertanyakan soalan, supaya saya tidak tahu siapa yang tertawa, supaya saya boleh pedulikan mereka dan supaya saya boleh maju.


Pada pandangan saya, orang yang suka mentertawakan orang itu adalah orang-orang yang berfikiran tidak matang, rendah tahap pemikirannya, bodoh tetapi sombong, berlagak pandai tetapi sebenarnya tidak tahu apa-apa.


Saya mengikuti kursus PTK (Penilaian Tahap Kecekapan) baru-baru ini. Peserta kursus ini perlu membuat empat pembentangan. Dari situ saya melihat sikap mereka (lelaki), walaupuan merupakan golongan profesional, pegawai gred A, mereka juga sama. Suka mentertawakan orang. Entah apa yang ditertawakan. Adakah kelakar melihat orang lain membuat kesilapan? Macam lah mereka tidak pernah silap. Saya fikirkan hanya orang yang tidak cerdik suka mentertawakan orang lain. Dan saya fikirkan mereka ini golongan cerdik pandai, jadi harus lebih matang dan bijaksana, tetapi ternyata saya silap.


Dari 'mat rempit' hingga pegawai professional, sama sahaja.

Mungkin perempuan juga tertawa, tetapi lebih di dalam hati dan perempuan lebih perlahan ketawanya.

12 comments:

  1. Anonymous1/03/2010

    waa... cantik gmbar yg d edit tu.. nice2..
    hmmm... pasal lelaki tu... mgkin btol kot.. yg baik banyk.. yg btul2 sngt baik tu susah la nak tgk..huhu

    ReplyDelete
  2. setuju.. dulu kalau naik bas, walau perempuan cuma 2-3 orang, student lelaki yg ramai tu yg naik dulu.. yg perempuan, kalau nasib baik duduk kat tangga, kalau nasib tak baik naik teksi atau jalan kaki.. hanya jauhari mengenal manikam.. insyaAllah with pure heart kita akan jumpa good guy.. somehow, i am grateful having not-so-attractive face coz, the jerks only attracted to the beautiful ones.. peace!:p

    ReplyDelete
  3. Salam Miss,

    hehe. smart gambar tu. bab suka tawa, no comment. hehe.

    ReplyDelete
  4. ajk peralatan1/06/2010

    betul. lelaki selalu di-associate-kan dengan sikap xserius (aka main2 xbertempat). sumting to think of. :)

    hepi lecturing che' da!

    ReplyDelete
  5. ijat n arif... gambar tu bg saya x cantik... saja letak coz malas nak cari gambar lain. huhu, ni mesti suka gelakkan org jugak... tak baik tau. kalau org gelakkan kita apa rasa. huhuhu.

    bzmum...sungguh tak gentelman kan. huhu. tapi biasa la, kurang kat sini lebih kat tempat lain, lebih kat sini, kurang kat tempat lain. nak yg perfect, mmg tak ada la. tapi tang suka gelakkan org ni rasanya sgt common, boleh jadi trademark diorg. huhuhu... peace no war. :D

    mlk... betul tu. kena la bertempat. and must be able to think of which tempat sesuai, which tempat tak sesuai. barulah bijaksana. ;)

    ReplyDelete
  6. Your Brother tapi bukan Kelantan1/08/2010

    berdasarkan pengalaman...

    aku: Good monin Cik, Saya ada masalah sikit..bla bla bla bla

    Cik itu: Kamu nih..tuh la hantar lewat skrg macam mana bla bla bla bla ....masalah ...problem bla bla...dengan mulut muncung mcm monyet.

    aku diam...malas nak layan org tgh PMS kang marah balik....aku kena sembur plak.

    so aku pun pergi la pejabat lagi dua lima pat hari pastu...

    aku: good monin cik..saya ada masalah skit...bla bla blaaaa

    Cik itu: Okay..aha...macam itu rupanya..okay let me see what I can help you..(dengan muka senyum)

    Lesson learnt here....jgn deal with pompuan yg tgh pms...lol...tunggu diorang relax...then baru ckp..

    ReplyDelete
  7. apa bro bro?!
    itulah kuasa hormon. it can control u. dadah pun berfungsi dengan hormon.
    so tak blh nak salahkan jugak.

    lelaki ada 9 akal tapi x guna... itu salah. huhu.

    ReplyDelete
  8. Anonymous1/12/2010

    Kita lebih suka melihat keburukan orang daripada memuji kebaikkannya, kita lebih suka berteori daripada mencari kebenarannya, kita mahluk yang berakal yang suka kepada dunia dan lupa bahawa akhirat adalah destinasinya...Mengapa kita sering lupa yang kita dilahirkan hanya untuk menyembahNya.???..manusia mudah LUPA, sebab itu Allah utuskan Rasul-rasulnya...jangan putus asa akan rahmatNYA. Wallahualam

    ReplyDelete
  9. Anonymous1/12/2010

    lelaki ada 9 akal tapi x guna... itu salah. huhu.


    lelaki cuma guna 9 nyawa.....

    ReplyDelete
  10. salam...
    apa yg dibicarakan di sini adalah pandangan penulis dari satu sudut sahaja dari 360 darjah sudut. jika dikira peratusannya hanya kira-kira 0.3 peratus. dan jika dilihat kebarangkaliannya hanya 0.003 sahaja kemungkinan dari populasi adalah begini. itupun sampel yang diambil hanya yang dilihat sendiri oleh penulis. jadi bukanlah satu kesimpulan yang dapat mewakili populasi lelaki secara total. hanya pandangan penulis dari satu sudut. dan bukanlah sesuatu yg serius.

    sudah tentu setiap sesuatu itu ada baik, ada buruk, ada positif ada negatif, ada kelebihan, ada kekurangannya, bergantung kepada bagaimana kita melihat, dan pada waktu bila kita melihat.

    jika hendak dibicarakan soal sifat2 manusia atau lelaki secara total, satu entri setiap hari selama setahun juga tidak mencukupi. tunggulah penulis membuat kajian secara menyeluruh dan tunggu buku penulis bertajuk LELAKI BUDIMAN dipasaran.

    tetapi penulis amat tidak bersetuju sikap suka mentertawakan orang/mempermainkan orang lain. InsyaAllah, jika kita memelihara keaiban orang lain, Allah juga akan memelihara keaiban kita.

    wallahualam ;)

    ReplyDelete
  11. azmizal1/19/2010

    aa....negara kita guna bahasa ingeris secara meluas tapi masih ramai yg tidak mampu bertutur..secara amnya org melayu..sebab apa? sebab selalu kena gelak..then down...or takut kena gelak...tak yakin kat diri sendiri...,

    ReplyDelete
  12. u r rite azmizal, i believe thats 1 of the reason we r not good in english.
    belajar english dari darjah satu, sampai universiti pon tak pandai-pandai...

    ReplyDelete