Agak jelas walaupun kamera saya tiada 'filter', kerana adanya awan hitam yang bertindak sebagai penapis cahaya.Segala pergerakan alam di bawah kuasa-Nya
siang berganti malam
malam berganti siang
matahari bertukar bulan
bulan bertukar matahari
sampai waktu bertembung jua
menjadi petanda dan peringatan
tentang kekuasaan Allah SWT
“Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah SWT. Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang dari kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu”.
(Riwayat Imam Muslim dari Abi Mas’ud al-Ansari)
Pertama kali dalam hidup saya solat sunat gerhana. Itu pun terpaksa masbuk kerana lewat disebabkan asyik mengambil gambar. Mujurlah saya sempat membaca panduan solat gerhana.
Subhanallah.

cantik
ReplyDelete