Tahun ini, emak bakal mencecah umur 60 tahun. Alhamdulillah, beliau masih sihat dan kuat untuk melakukan kegiatan harian. Emak saya memang aktif. Beliau tidak boleh duduk diam. Ada sahaja yang hendak dilakukannnya. Kalau tangannya tidak bergerak, mulutnya akan bergerak. Kadang-kadang saya rasa beliau lebih kuat dari saya.
(Emak dan adik)
Emak berkahwin di usia muda. Tapi masih sempat belajar hingga tingkatan 3. Tamat sekolah, beliau terus berkahwin dengan abah. Kalau diikutkan kelulusan beliau pada waktu itu, mungkin boleh jadi guru. Sekarang emak hanya mengajar anak-anak jiran mengaji Al-Quran disebelah malam.
Emak banyak berkorban untuk kami. Kalau hendak saya senaraikan, terlalu panjang. Malah saya percaya ada perkara yang dilakukan oleh emak untuk kami sekeluarga yang kami tidak tahu pun.
Macam-macam cara saya fikir untuk membalas jasa emak. Tapi saya sedar, apa pun yang saya lakukan, tidak akan setara dengan apa yang emak telah lakukan untuk kami.
Saya sayang emak. Untuk hari ibu, saya kirimkan emak sekotak coklat. Sekadar tanda ingatan. Saya doakan emak diberikan kesihatan dan kesengan untuk terus beribadah kepada-Nya.

//saya membaca entri terkini beberapa blog. Kebanyakannya berkisar tentang ibu :-)
terharu... hampir sepanjang mlm sy menghayati hasil tulisan ida...ada ketulusan...ikhlas sewaktu menulis...saya kagum..lebih2 lagi dgn hasil kreativiti yg dipersembahkan termasuk biji saga dan fotografi...dan tak terjangka..rupa2nya ida pandai berpuisi...tak sangka..sahabat saya sekreatif ini... well done... i love n miss u ida as a my fren...
ReplyDelete