Saturday, November 15, 2008

Bengkel Fotografi




Pagi selasa, saya mendapat panggilan dari En Hussin dari Bahagian Pentadbiran. Beliau maklumkan kepada saya bahawa ada Bengkel Fotografi yang sedang berlangsung di kampus dan menjemput saya untuk hadir menyertai bengkel tersebut jika berminat. Walaupun sibuk dengan audit ISO dan menanda kertas, saya luangkan juga masa untuk menyertai bengkel tersebut selama 3 hari. Alhamdulillah, banyak yang saya pelajari darinya. Apa pun, dalam fotografi , praktikal sangat penting. Ilmu sudah ada sikit², jadi saya kira yang perlu sekarang adalah latihan. Di dalam kepala saya sekarang, ada banyak tempat yang ingin saya kunjungi untuk mengambil gambar. Tapi kesempatannya belum betul-betul ada. InsyaAllah, cuti semester nanti kalau ada kesempatan, saya ingin sekali pergi.


Nota : Gambar ini diambil tanpa menggunakan tripod dan saya agak menggigil kerana kerbau tersebut nampak sangat garang!
Jika anda lihat betul² anda akan lihat sepasang burung 'gembala kerbau'. Dan sekarang saya pasti kenapa ia diberi nama sedemikian.

7 comments:

  1. Anonymous11/16/2008

    ishk semakin extreme hang nooo..

    ReplyDelete
  2. hello miss syaieda. dulu miss ada ajar saya statistik intersesi lepas. saya kelas dgn arifah (ipah). hehe.. anyway, pandai miss amik gamba.

    ReplyDelete
  3. owh.. arif sy igt... kurus², tinggi :-)

    slexer... aku tak tau bila nak p korea nie :D

    ReplyDelete
  4. bestnye che da amik gambar...dulu minat gak..tp dh lama berkubur...

    ReplyDelete
  5. Anonymous11/21/2008

    Heheh...nanti waktu hang datang sini nanti..sejuk beku..winter.ade salji..bleh kita amik gambar theme snow..bleh gi tempat diorang berlakon winter sonata...hehe..then bley main snow board..adik mu ini sungguh terrer.

    ReplyDelete
  6. Anonymous12/05/2008

    Che da, bestyer...cantik Fuyyoooh. Ada sedikit 'touch" yang agak profesional gitu.....teruskan hobi nie ye....kot boleh jadi profesional nanti.....hehehe.

    ReplyDelete