"Aku ni kerja macam lembu! Selagi aku belum sakit, belum tutup mata, bos aku suruh kerja-kerja-kerja!"
Luahan seorang rakan yang merupakan kakitangan swasta di ibunegara. Perbualan melalui telefon sudah cukup untuk saya merasakan tekanan yang dihadapinya.
Dari segi bahasa, mungkin agak kasar. Namun dari segi perumpamaan, saya rasa ada benarnya. Memanglah seperti lembu jika setiap hari kita dibebankan dengan kerja-kerja-kerja. Waktu kerja tidak menentu. Walaupun hujung minggu atau hari cuti, boleh dipanggil bekerja pada bila-bila masa sahaja. Selalunya, waktu pejabat sahaja tidak cukup untuk menyelesaikan semua kerja-kerja yang ada. Ada kalanya, kerja yang diberikan umpama kerja yang patut dibuat oleh 2 atau 3 orang. Namun dibebankan kepada seorang (mungkin hendak kurangkan kos tenaga kerja). Ada kalanya juga terpaksa melakukan kerja berkali ganda kerana orang lain tidak mahu atau tidak mampu melaksanakan tugas tersebut. Tiada masa untuk diri sendiri. Jika difikirkan, layanannya seolah-olah kita manusia tidak berperasaan, tidak ada naluri, tidak ada kehendak lain, hanya kerja-kerja-kerja. Jika lembu, mungkin ya... tiada akal dan naluri.
Saya teringat semasa masih kanak-kanak. Ketika itu masih ada orang kampung yang menggunakan lembu atau kerbau untuk membajak tanah sawah mereka. Ada juga timbul perasaan kasihan melihat lembu yang bekerja tidak kira panas atau hujan, menarik pembajak yang berat dari terbit matahari hinggalah terbenam.
"Kerja pensyarah senang kan?"
Pernyataan yang selalu saya dengar. Tugas mengajar memang tiada masalah bagi saya. Cabarannya mungkin dari segi menangani pelajar dan menguasai subjek yang hendak diajar. Dan jika hendak dibandingkan dengan kes rakan saya, saya bersyukur, Alhamdulillah, setakat ini saya tidaklah merasa terbeban seperti itu. Walau sebanyak mana pun kerja atau sesibuk mana pun saya, saya masih mampu mencuri masa untuk diri sendiri. Satu kelemahan saya, saya tidak boleh buat banyak kerja yang memerlukan fokus yang tinggi serentak. Jika komputer, mungkin saya diibaratkan 'processor' yang lama. Apabila melaksanakan banyak tugas serentak, semuanya akan menjadi perlahan, ataupun terus 'hang' terhenti di tengah jalan. Namun, kadang-kala saya ada juga merasa terbeban dengan kerja-kerja sampingan yang diamanahkan, dan terasa seperti melakukan kerja yang sepatutnya untuk lebih dari seorang. Namun, apabila dilihat dari sudut yang lebih positif, dan berbalik kepada tujuan asal saya bekerja, saya redha dan bersyukur. Sekurang-kurangnya saya punya kerja.
Ikhlas itu penting. Ikhlas itu dari Allah. Jadi mohon pada-Nya supaya dikurniakan keikhlasan dalam bekerja.

ya semoga kita ikhlas. dlm gawat sekarang, sibuk dan dibayar adalah lbh baik dr tidak sibuk langsung krn tiada pekerjaan.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSekadar berkongsi, saya teringat satu peribahasa yang diajarkan oleh seorang berbangsa Cina kepada saya, "Wa (saya) kerja siang serupa LEMBU, tapi malam serupa HANTU"... maksudnya pada siang hari dia akan bekerja sekuat-kuatnya seperti lembu yang dicucuk hidung - tidak boleh buat apa2 melainkan kerja dan kerja, tapi malam serupa hantu bermaksud dia boleh berbuat apa sahaja, makan besar, belanja kawan dan keluarga, dsb sebab siangnga dah bekerja teruk...
betul tu k.zura
ReplyDeleteWsalam,
saya tak tahu pun ada peribahasa Cina macam tu. Sekurang-kurangnya malam dia boleh buat apa sahaja. Dan dia dapat faedahnya pada waktu malam. Tapi kalau makan gaji... cukup bulan dapat lah. Kerja sebanyak mana pun sama saja.
Sebut pasal dapat kerja tak berhenti-henti ni, saya dapat pandangan dari pelatih kursus pagi tadi. Dia juga pernah jadi seorang boss sebelum masuk ke bidang training and development. Dia kata, sebagai boss, yang dia lihat orang bawahan dia akan sentiasa perform tak kira banyak mana pun kerja yang diberi. Org bawah dia akan merungut - kekerapan merungut berkadar terus dengan pertambahan beban kerja yang diberi - tapi hasilnya tetap ada dan memenuhi kriteria yang dia mahu. Jadi sebagai seorang boss, dia akan mengutamakan hasil yang dia dapat dari orang bawahannya dan tidak begitu menghiraukan rungutan yang didengar sebab itu prioriti seorang boss -hasil / results.
ReplyDeleteMaka ada masa dan ketika, kita sebagai orang bawah kena bertegas berkata Tidak atau Cukup kepada boss. Tapi beserta fakta sokongan yang kukuh dan rasional, bukan rungutan dan emosi.Manusia sepatutnya berfikir dengan akal dan bersuara dengan hati - rationalize your actions and deliver it from the heart - tapi selalunya kita akan berfikir dengan hati dan kemudian bersuara dengan akal. Things become hard when we voice out things with our heads and we forgot to consider other people's, feelings - bosses or otherwise.
thanks dasar hati...
ReplyDeletesaya setuju dengan anda. Bos memang patut buat macam tu. Orang bawah yg patut maklumkan kepada mereka kalau mereka "terlebih sudah".
(^^")