Wednesday, February 18, 2009

Seakan Menguji

Bulan Penuh Setelah Gerhana @ Kampus

Hari ini (Rabu) adalah kemuncak kepenatan saya setiap minggu. Mana tidaknya, setiap Selasa, kelas saya hingga jam 6 petang, kemudian sambung pula di sebelah malam, hingga jam 10. Dan pagi rabu, biasanya saya akan keletihan. Namun, pagi tadi sempat juga saya dan rakan serumah 'jogging' di sekitar kampus.

Terasa juga kekurangan tenaga sejak saya berhenti mengambil 'supplement' tambahan untuk tenaga. Saya tidak tahan, biasanya 'supplement' untuk tenaga ini mengandungi ginseng dan ia akan membuatkan badan terasa panas. Saya sememangnya mempunyai kadar metabolisme yang tinggi, dan mudah berasa panas/berpeluh. Sebab itu lah badan saya tidak naik-naik walau sebanyak mana pun saya makan. Pengambilan 'supplement' melipatkali gandakan rasa panas tersebut. Peluh akan mencurah-curah tatkala saya mengajar di dalam kelas terutamanya kelas yang tidak ada penghawa dingin dan rasanya sangat tidak selesa mengajar di dalam keadaan begitu. Lalu saya pun mengambil keputusan untuk berhenti mengambilnya.

Al kisah...
Selama 6 tahun mengajar, bermacam jenis dan karenah pelajar yang saya jumpa. Tengok sahaja pelajar saya sudah tahu, mereka di dalam kategori yang mana. Ada yang bagus, pandai menghormati pensyarah/kawan-kawan/orang lain, bijak dalam pelajaran, cepat belajar. Ada juga yang lambat belajar tapi rajin dan bersungguh-sungguh. Namun ada yang lambat belajar tetapi malas, ada yang dikurniakan fikiran yang bagus tetapi malas/tidak mahu berusaha, ada yang pandai tetapi tidak beretika, tidak beradab, tidak pandai menghormati orang. Ada pula yang agak lemah di dalam pelajaran namun mempunyai nilai terutamanya etika yang tinggi. Saya juga boleh tahu, pelajar mana yang akan mendapat A, B, C atau gagal. Malah, ketika kelas saya dapat baca sekiranya pada riak wajah pelajar ada tertulis "Saya sudah pandai, saya tidak perlu belajar semua ini!" atau tidak.

Saya pernah mengajar di Institut Kemahiran MARA (IKM) selama 5 bulan. Mereka yang belajar di sana, kebanyakannya bukan pelajar yang cemerlang dari segi pembelajaran. malah boleh dikategorikan sebagai lemah. Mereka di sana hanyalah untuk mendapatkan sekeping Sijil bukan Diploma, Sarjana Muda atau pun Sarjana.

Sebelum saya menerima tawaran mengajar di IKM bermacam-macam tanggapan yang saya dengar tentang pelajar-pelajar di sana.
"Mereka semua pelajar 'hardcore'. Hati-hati, jangan garang sangat. Kalau tidak habis lah kereta kau pancit, calar, kemek sana sini".
Saya tertanya-tanya samada betul pernyataan mereka.

Akhirnya, saya terima juga. Saya ingin pengalaman mengajar pelbagai jenis pelajar. Biarlah, pahit atau manis itu semua pengalaman. Saya dapat belajar cara untuk menangani pelajar yang kurang minat untuk belajar. Lagi-lagi hendak mengajar MATEMATIK kepada mereka yang kurang minat untuk belajar. Boleh menjadi mimpi ngeri pada sesetengah orang. Apa yang saya lihat selama 5 bulan di sana, pelajar-pelajar ini memang kurang minat untuk belajar, mereka bukan pelajar yang cemerlang, tidak pandai, namun mereka sangat-sangat menghormati orang yang lebih tua lebih-lebih lagi yang mengajar mereka. Sehingga sekarang, setelah 4 tahun saya berpindah dari sana, mereka masih menghubungi saya bertanya khabar, walaupun semuanya sudah tamat belajar dan sudah bekerja. Bukan hanya saya yang berpendapat sebegitu, malah rakan sekerja saya yang lain juga.

Apabila mengajar di institusi yang lebih tinggi, keadaannya jauh berbeza. Walaupun kebanyakan pelajar mendapat keputusan yang bagus di peringkat sekolah. Namun tiada etika, tiada adab, tidak tahu menghormati orang lain, termasuklah pensyarah yang mengajar mereka. Mungkin merasakan mereka terlalu bagus, sehingga dapat masuk universiti. Mereka tidak perlu apa-apa lagi kerana mereka sudah terlalu bagus. Saya tidak maksudkan kesemuanya, namun pada perkiraan saya hampir 50-50.

Saya masih ingat kelas pertama saya di universiti ini. Saya ke kelas awal, teruja kerana kelas pertama. Namun 5 minit selepas waktu kelas sepatutnya bermula baru pelajar mula masuk ke kelas. Ada yang tiba setengah jam kemudian. Separuh daripadanya masuk dengan membawa air kotak atau tin bersama plastik berisi kuih, keropok atau coklat. Saya memperkenalkan diri dan meneruskan kuliah (saya ambil alih kelas dari pensyarah yang cuti bersalin). Sambil saya menerangkan dengan bersungguh-sungguh di hadapan, sambil mereka makan, minum dan berbual. Ada di antaranya sambil duduk bersandar, berpeluk tubuh dan kaki dilunjurkan ke hadapan. Akhirnya, saya berhenti, diam dan hanya memerhatikan gelagat mereka. Lebih 5 minit kemudian mereka tersedar dan terdiam. Saya akhirnya bersuara,
"Saya berdiri di depan ni bukan untuk buat 'show' atau wayang. Jadi tak perlulah awak duduk bersenang-lenang, sambil makan-makan!"
Lalu saya beri beberapa soalan kuiz berkenaan dengan topik yang baru sahaja saya ajar. Kesemuanya tidak dapat jawab, kecuali beberapa orang pelajar yang duduk di hadapan.

Saya paling tidak suka pelajar yang sengaja suka menguji kebolehan pensyarah. (Saya percaya, setiap orang pensyarah yang mengajar di IPT pernah menghadapi golongan ini.) Ini adalah simptom pelajar yang merasakan diri mereka terlalu bagus atau sudah cukup pandai dan mahu menguji pensyarah mereka. Saya tidak nafikan pensyarah bukanlah "Professor Serba Tahu", namun bagi saya perbuatan menguji ini adalah sangat tidak beradab dan boleh mengguris hati seseorang. Tambahan pula apabila disoal dalam nada dan riak muka yang menunjukkan kononnya mereka sangat bagus. Padahal, mereka belum punya Diploma/Ijazah pun. Pensyarah sudah punya Sarjana atau Doktor Falsafah. Jadi kepandaian apa yang hendak mereka tonjolkan sebenarnya.

Jika disebabkan saya pensyarah muda, lalu mereka kurang hormat, semasa saya mengajar di IKM dahulu, saya 4 tahun jauh lebih muda dari sekarang. Saya bertanya kepada pensyarah 'senior', mereka juga ada menghadapi masalah yang sama. Jika disebabkan saya terlalu lembut, saya bertanya kepada pensyarah yang 'keras', mereka juga menghadapi masalah yang sama.... pelajar tidak tahu hormat. (Saya tidak maksudkan kesemuanya, tetapi jika anda perhatikan betul-betul di celah-celah kumpulan pelajar tersebut, anda pasti dapat mengenalpasti golongan ini).

Sempitnya pemikiran mereka. Jika mereka terlalu bijaksana, mereka sepatutnya sedar bahawa universiti bukanlah tempat untuk belajar tambah, tolak, darab, bahagi sahaja. Tetapi menurut saya universiti adalah tempat dan waktu yang paling bagus untuk membentuk dan belajar tentang nilai-nilai yang patut ada dalam diri. Kerana saya belajar paling banyak tentang itu semasa di universiti.

Walau apapun, saya mendoakan agar mereka semua akan mempelajari sesuatu yang baik tentang hidup semasa di kampus ini.



Nota : Saya sangat penat hari ini, dan ada pelajar yang cuba menguji saya. Jadi terbit lah entri ini. (^^") Saya mendapat tahu pelajar itu telah mengalami kemalangan (kecil sahaja) sejurus selepas kelas saya. Mungkin balasan 'tunai. Wallahualam. Namun saya tidak mendoakan perkara itu.

4 comments:

  1. hehe.. gerun..

    time miss ajar kelas saya dulu, miss baik je kan. so maknanye kelas ktorang tu okaylah kan. hehe.

    ReplyDelete
  2. Anonymous2/19/2009

    :-D
    arif ini adalah pelajar saya yang bijak, rajin dan tahu menghormati orang lain. begitu juga pelajar2 lain didalam kelas tersebut. Jadi tiada masalah.

    ReplyDelete
  3. Anonymous2/20/2009

    okay..aku belajar di antara top university kat dunia nih..yg mana semua pelajar dia nerd.....mmg nerd gile abes aaaaaa. cuti tiga bulan adalah masa untuk diorang study subject yg diorang planning untuk amik masa sem depan. kat sini markah bawah 60 fail and kedatangan adalah benda paling penting. kalau tak dtg boleh fail. budak budak rata-ratanya mmg baik...hormat cikgu...setiap kali sebelum cikgu masuk mesti diorang sediakan air atas meja..(nak pancing markah aaa tuh)..kalau dtg tak nak study pun...diorang tak buat sesuatu yg boleh kacau orang lain. sifat paling penting..aku tgk budak budak nih..sgt suka menolong kawan yg tak pandai..jgn tanya soalan...dia tolong gila gila punya...smpi suruh stay ngan dia satu hari...smpi boleh jawap. sebab diorang pikir...diorang tak betul betul menguasai satu satu perkara tuh kalau tak berjaya bagi orang lain paham pasal tu jugak.....kalau hari guru...mmg cikgu cikgu dpt bunga...mcm dah jadik culture..

    ReplyDelete
  4. Anonymous2/20/2009

    so my advice la kat student.....baru belajar kat uitm..or university lain kat malaysia ..dah nak tunjuk pandai...kuar sikit dari linkungan tuh..baru tau dunia besar mana..jgn belagak sgt..kalau nak berlagak pun..apa yg kita dpt..buat malu jer...................


    p/s wei bila mau dtg?mak ashik tanya jadi ke..jadi ker...ternanti nanti plak dia

    ReplyDelete