Tempat ini, (terutamanya kampus ini) memang terkenal dengan kabusnya. Kata orang seperti di New Zealand. Entahlah, saya belum pernah ke sana, tidak dapat membuat perbandingan sebetulnya, tapi saya iyakan sahaja.
Hari ini saya bangun seawal subuh. Kemudian bersiap-siap untuk 'jogging' di sekitar kawasan kampus. Kamera saya bawa. Tujuan utama keluar awal selain untuk berjogging adalah untuk mengambil gambar penoreh getah. Kerana seingat saya, sewaktu saya mengikut ibu saudara saya menoreh dahulu, selalunya selepas subuh.
Keluar sahaja dari rumah, pandangan saya kabur. Bukan kerana rabun, tetapi kerana kabus yang agak tebal dari biasa. Objek dari jarak 50 meter juga kelihatan sangat kabur. Seperti biasa, udara di sini... segar amat. Saya bersyukur kerana ditempatkan di sini. Saya dapat menghirup udara segar sepuas-puasnya secara percuma. Percaya atau tidak, di dalam dunia ini, ada orang yang perlu membayar untuk ke tempat yang segar seperti ini. Alhamdulillah, pagi ini cukup juga dua pusingan ber'jogging'. Kerana selalunya saya hanya mampu membuat satu pusingan. (^^")

Kemudian, saya keluar untuk mengambil gambar di kebun getah, membeli surat khabar dan sarapan. Saya terpaksa memasang lampu kereta kerana kabus sangat tebal, sehinggakan saya boleh nampak kabus di dalam kereta (saya membuka tingkap kereta untuk menghirup udara segar). Sudah lama saya teringin hendak mengambil gambar di kebun getah. Saya telah 'survey' di kawasan sekitar kampus, lalu memilih Tasek Alai sebagai destinasi pertama. Kereta dipandu perlahan, mata saya liar memerhatikan kawasan kebun getah. Mencari-cari jika ada penoreh sedang menoreh getah. Dalam keadaan berkabus begitu, hendak nampak pokok getah pun susah, apatah lagi manusia. Namun akhirnya, saya nampak juga seseorang sedang menoreh. Kebetulan pokok getah yang ditoreh sangat dekat dengan jalan raya. Saya cuba ambil dari jauh, supaya beliau tidak perasan. Namun akhirnya diketahui juga. Lalu saya menghampiri beliau... (ingatkan Melayu, rupanya Cina).
"Uncle, saya mau ambil gambar boleh ka? Untuk kerja sekolah".
Banyak kali saya ulang, kerana beliau seperti kurang faham atau mungkin kurang dengar. Akhirnya beliau mengangguk dan tersenyum sahaja. Katanya sepanjang beliau menoreh, tidak pernah diambil gambar (atau mungkin beliau yang tidak perasan).

Selesai membeli surat khabar dan nasi lemak, saya pulang ke rumah, sarapan dan bersiap-siap (surat khabar belum sempat baca). Ada syarahan yang perlu dihadiri. Tidak wajib, namun saya berminat untuk hadir. Saya agak terlewat sedikit. Sampai sahaja di dewan tersebut, saya lihat penceramah sedang bersungguh-sungguh menceritakan tentang pengalaman beliau semasa menunaikan Fardhu Haji yang telah "mengubah sempadan iman". InsyaAllah. Terima kasih Prof, inilah pertama kali saya mendengar pengalaman seseorang menunaikan haji secara menyeluruh dan ia sangat menyentuh hati. Saya pernah satu ketika dahulu mengharapkan abah menceritakan pengalamannya menunaikan Fardhu Haji, namun tidak berkesempatan kerana beliau telah meninggal dunia semasa menunaikan fardu haji, pada hari Wukuf di Padang Arafah. (Semoga Abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin).
Nota : Sekarang saya lagi di pejabat, menyiapkan kerja menganalisis data. Rindunya pada komputer riba, jika ada ia, tak perlu lah saya ke pejabat untuk membuat kerja.
Nota : Sekarang saya lagi di pejabat, menyiapkan kerja menganalisis data. Rindunya pada komputer riba, jika ada ia, tak perlu lah saya ke pejabat untuk membuat kerja.
Suatu pagi yg memberi makna, utilized btul pg sabtu che da..
ReplyDeleteMuga arwah abah che da, di tempatkan di kalangan org2 yang beriman. Amin.
pandai cik da snap gambar..menarik tertarik & de boom :)
ReplyDeletehuhu..cheda jogging xajak kite pun, hehehehe
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletebetuah Che Da dapat dengar ceramah Prof Travelog tu. Saya ada bukunya. Sentiasa menyentuh perasaan membaca usaha dan nikmat yang beliau kecapi sebelum, semasa dan sesudah menunaikan ibadah haji. Semoga kita pun usaha seperti tu jugak dalam aspek kehidupan...
wsalam,
ReplyDeletesaya boleh tolong mintakkan autograf kalau nak. :-D.
Yup, InsyaAllah, kita boleh belajar dari pengalaman orang lain juga.
Diana..
ReplyDeleteterima kasih (^^)
Dila...
kalau ajak nak ikut ke? :-P
Syu... Amin... Thanks :-)
ReplyDelete