Gerun apabila mendengar atau membaca berita tentang penculikan kanak-kanak. Baru-baru ini, saya ada mendengar cerita dari seorang rakan tentang kenalan keluarganya yang kehilangan anak secara tiba-tiba setelah kanak-kanak tersebut tidak pulang-pulang dari sekolah. Saya cuba meletakkan diri ditempat mereka, cuba untuk memahami bagaimana rasanya 'kehilangan' itu. Entah, tidak dapat saya bayangkan. Saya cuma dapat rasakan bulu roma berdiri tegak apabila memikirkan hal tersebut.
Kematian, bukanlah sesuatu yang senang untuk diterima dan diredhai. Walaupun sukar, setidaknya ada jasadnya dan diketahui itulah kenyataannya. Tetapi, jika kehilangan yang tidak diketahui puncanya, tidak diketahui juga kemana perginya dan hanya bermain dengan kemungkinan sahaja, untuk tempoh masa yang sangat lama, pada saya, itu lebih menyeksakan.
Saya terfikir, untuk mengelakkan jenayah ini, mungkin boleh sekiranya kita meletakkan cip pengesan pada anak-anak, supaya dapat dikesan jika hilang. Jika tidak mahu nampak, boleh ditanam dibawah kulit. Teknologi ini sudah ada, cuma buat masa sekarang hanya digunakan pada haiwan. Saya percaya dengan kemajuan teknologi yang sedia ada, mungkin boleh dicipta alat yang lebih mesra manusia. Apabila kanak-kanak tersebut sudah remaja bolehlah dikeluarkan semula. Boleh kah? (-_-")?

boleh jer kalau nak kuarkan...and boleh difuse jer using a very strong magnetic force. saiz dia pun bukan besar..with new technolgy the size has been reduced to smaller than the size of rice grain. tua tua pun ade guna apa...ingat orang tua tak lari...byk jer yang lari dari rumah!.....but the problem is the detection perimeter in currently too low...kalau nak boleh detect jauh jauh kena pakai colar cam orang letak kat gajah africa tuh!
ReplyDeletehuhu... kolar tu penculik yang rabun pun boleh nampak.
ReplyDeletetu la kalau bateri habis, kena pegi cari gajah tu pulak nak tukar bateri. hmmm...