Wednesday, July 15, 2009

Bila Si Kurus Naik 8 Kilo

(Sebenarnya sudah hampir 9 kilo)

1. Bangkit tubi sekurang-kurang nya 50 kali sehari. [Belum berjaya untuk konsisten]

2. Jogging 3 kali seminggu. [Belum berjaya untuk konsisten]

3. Threadmill. [RM 1800++ (-_-")*, tapi boleh jogging tanpa bersiap cantik-cantik. *tengah kumpul duit*]

4. Jus Mate 10? Atau makanan tambahan lain? [Takut turun melampau pula]

5. Tidak makan nasi. [Setelah 3 hari, perut pedih-pedih rasanya seperti hendak gastrik]

6. 'Seat twist'. [Yang ini senang, untuk ramping (^^"), tapi kena buat lebih kurang 150++ setiap kali, juga susah untuk konsisten]

7. Losyen Mustajab? [Nanti pergi kelas berbau halia pula (^^")]

8. Puasa. [Sudah. Tetapi kembali ke asal selepas berbuka. Mungkin kerana tidak setiap hari.

9. Aerobik. [Sudah pergi kelas, tetapi tidak dapat konsisten. Beli CD dan buat di rumah, masih tidak dapat konsisten]


Sasaran --> Selepas Ramadhan mesti turun sedikit. Kemudian hendak 'maintain' sahaja.p(^_^)q

11 comments:

  1. alala cik..
    xpe cik..
    montel pn chantek jew..
    awet muda gitu..
    sy ni yang mkin montel taw..

    ReplyDelete
  2. Anonymous7/16/2009

    hahaha amik kau kena penyakit keturunan...........tapi tak kawen lagi how can? kalau nak tau cara diet paling berkesan tanya aku....ym.malu nak ckp kat sini.

    ReplyDelete
  3. cheda, jom p jogging, hehehehe...

    ReplyDelete
  4. klu dah berjaya, blh turun ilmu kat akak.. ini dah 15 kilo dah.. wardrobe pun nak kena tukar..

    ReplyDelete
  5. hahaha. gemuk sgk ka skrg ni?

    ReplyDelete
  6. Anonymous7/17/2009

    eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeei gemuknya dia............padan muka.hhahah bestnya aku orang kurus boleh makan apa saja.

    ReplyDelete
  7. Che Da,
    Okaylah tu. Tak payah kurus lagi,dah cantik. Kurus sangat pun tak elok,yang penting sihat.

    ReplyDelete
  8. kck...
    pengumpulan lemak yang semakin banyak juga tanda-tanda penuaan. huhu... nampaknya tidak awet muda lagi. :D

    boring@ slexer...
    hahah... keturunan kalau belah siam semua kurus-kurus, kalau belah arab pulak semua montel-montel. aku ingat aku dapat genetik siam... ishh... isshhh....

    nadila...
    ok jom p jogging 7 am everyday. jgn jog atas katil sudah. (bestnya kalau katil boleh jadi threadmill, bangun terus jogging... hehe)

    k.zura...
    ok tengah buat experiment ni... :D

    ezham...
    hehe... kalau naik lagi 25kg, aku masuk kategori overweight ikut BMI.

    k. shima...
    betul tu, yang penting sihat. :)

    ReplyDelete
  9. ida..
    kasi petua camana nak naikkan? org cuba2 tak naik2 pun.

    ReplyDelete
  10. Anonymous7/31/2009

    saya ade petua ..untuk orang nak naik berat tapi takde lemak. scientifically proven and after saya consult with my personal doctors (not one!!) this one untuk cara lambat...dan tak payah bebankan diri makan byk byk.

    1) 1 liter susu setiap hari. Beli kat super market dlm kotak tuh. pagi kalau makan cereal pun ok..then habiskan satu kotak susu tuh pada masa masa lapang.

    2) tau fu ( ala yg macam dadih tuh) makan nih as desert..satu hari kalau boleh 500mm!

    3) selalukan lah kunyah cheese..keju keping keping tuh.

    4) makan daging......

    ...........insyaallah lama kelamaan and akan jadi tough! bukan buncit.

    ReplyDelete
  11. Anonymous7/31/2009

    oh and not to forget. untuk orang kurus jangan buat senaman yg meilbatkan cardio. sebaliknya buat angkat berat push up..ape ape yg tak melibatkan lari..jogging..paling bagus sekali..untuk orang kurus......

    ReplyDelete