Monday, July 6, 2009

Syukur


Saya seperti orang 'perak' bila jumpa pantai dan sawah (sesiapa yang tahu perkataan 'perak' dalam bahasa Inggeris tolong maklumkan kepada saya). Walaupun hanya di belakang rumah, tidak pernah saya rasa jemu. Teringat pula gelagat kawan-kawan saya (budak bandar) yang terlompat-lompat kerana teruja pertama kali ke sawah. Sebenarnya pada ketika itu saya juga ingin sekali melompat seperti mereka. Saya juga teruja. (Tetapi, "Control, control, kau tu budak kampung", bisik saya dalam hati.) (^^")

Berjalan-jalan dan menghirup udara segar dan mencuci mata dengan pemandangan yang saujana dan damai di sana amatlah menenangkan.

Walaupun sebolehnya saya ingin berada di sana setiap hari, tapi cukuplah untuk kali ini. Saya sudah puas (untuk sementara ini lah), dan bersedia kembali bertugas . Saya kembali optimis dan penuh bermotivasi sekarang. Jika diibaratkan seperti bateri, saya sekarang bercas penuh.



Alhamdulillah, saya berpeluang untuk bercuti, menghabiskan masa bersama keluarga terutamanya emak. Ruang ini memberikan saya peluang untuk bertenang dan merehatkan fikiran. Betul kata orang, kadang-kadang untuk memperoleh sesuatu perkara, kita perlu mengorbankan perkara yang lain. Kita tidak boleh memperoleh kesemuanya pada sesuatu masa yang sama. Sama ada di dalam sedar atau tidak, pada masa kita mengejar sesuatu, pasti ada sesuatu yang kita perlu korbankan. Ketika saya hendak menumpukan perhatian kepada kerja, saya perlu mengorbankan masa untuk keluarga; ketika saya hendak bersama keluarga, saya perlu mengorbankan masa untuk bekerja.

Contoh lain yang mudah, pada masa saya ingin mengumpulkan dana untuk aksesori kamera, saya perlu berjimat/mencatu (mengorbankan) perbelanjaan yang lain. Pada masa saya ingin menurunkan berat badan, saya perlu mengorbankan nafsu makan. Semua bergantung kepada diri sendiri. Tolak ansur itu perlu, pertimbangan mesti wajar, perlu tahu bila masa sesuatu itu perlu dilebihkan dan bila masa ia perlu dikurangkan.

Allah Maha Adil. Hidup ini bulat, bagai putaran roda, kita tidak akan sentiasa di tempat yang sama. Kita akan dapat apa yang kita kerjakan. Saya percaya, jika baik yang dikerjakan, kita akan dapat yang baik juga; jika buruk yang dikerjakan, maka yang buruk jugalah balasannya. InsyaAllah. Saya mengorbankan masa untuk keluarga demi kerja, tetapi rezeki dari kerja itulah yang membolehkan saya untuk bersama keluarga (membawa emak bercuti contohnya) dan juga untuk membantu keluarga. Bak kata orang utara "Pi mai pi mai tang tu juga". Tidak rugi berkorban untuk sesuatu yang baik, InsyaAllah baik juga yang kita perolehi.



Hari ini permulaan semester baru, saya berazam untuk memberikan yang terbaik. Saya mendoakan semoga diberi keikhlasan, semoga saya sentiasa senang hati melaksanakan semua tanggungjawab yang diberi, semoga di sepanjang perjalanan ini saya diberi kekuatan dan semoga segala urusan dipermudahkan-Nya. Amin.

Yang Ditinggalkan dan Yang Dicari.
(Ini adalah 'grayscale' yang sebenar. Foto ini tidak di'edit' warnanya.)

6 comments:

  1. Salam..
    Cik..cantiknye gambar berlatarbelakangkan sawah tu...sy juga teruja bila jumpe sawah.teringin sangat nk ada kwn yg rumah dia tengah2 sawah yg mcm dlm tv tu tp xde..

    ReplyDelete
  2. Anonymous7/06/2009

    rumah tgh sawah sgt seksa....bukak jer tingkap skit..malam malam....mcm mcm makluk mai!..btw gambar budak budak nih kat mana? tak reban plak jambatan tuh ...gemuk sungguh!

    ReplyDelete
  3. tq zah :D

    ofcoz la gambaq budak2 tu bukan kat sawah kampung kita.kampung kita semua depa dah tukar tit batu. titi kayu yang reput dan buruk lagu ni susah nak jmpa. tempat rahsia... haha :P

    ReplyDelete
  4. dasarhati7/09/2009

    Lamanya tak jenguk blog che da,seronok menelaah entri2 dari korea sampai ke kampung halaman :D

    ReplyDelete
  5. cik..
    i miss u so much..
    rindu nk makan2 ngan cik..
    rindu senyum cik..

    i missssss u a lot........

    ReplyDelete
  6. dasarhati...
    samalah, lama jugak tak membaca blog kawan2. nanti nak kena buat tour satu-satu nie..
    tengah cari mood nak mendalami apa yg ditulis... hehe

    kck...
    terima kasih atas sokongan. *blushing*. macamana dgn shah alam.. harap2 semua ok. belajar rajin2 k. jangan culture shock :D

    ReplyDelete