Hidup adalah waktu, waktu itu seperti sungai yang mengalir dan terus mengalir selagi ia ada., selagi kemarau tidak menimpa.
Seorang teman pernah bertanya
"Apa yang awak ingin capai dalam hidup?"
"Saya ingin jadi yang terbaik. Hamba yang baik, umat yang baik, anak yang baik, adik yang baik, kakak yang baik, sahabat yang baik, bla bla bla. Pendek kata semua yang baik-baik", jawab saya spontan tanpa berfikir panjang.
Rupa-rupanya beliau ingin mempromosi perniagaan 'multi-level' yang disertainya. Beliau cuba memancing saya. Jika jawapan saya
"Saya ingin jadi jutawan"
maka saya akan menjadi sasaran beliau yang tepat. (^^")
Perkara itu berlaku pada waktu saya sedang di tahun akhir pengajian. Bila difikirkan balik, naif betul jawapan saya. Saya hanya fikirkan yang satu itu pada masa tersebut. Tidak terlintas langsung dalam fikiran saya untuk memiliki kereta besar, rumah besar, pangkat besar, pendapatan besar dan sebagainya.
Baik itu sesuatu yang bersifat rohani, tidak dapat diukur, tidak dapat dinilai dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Baik itu positif. Baik itu relatif. Baik untuk kita, tidak semestinya baik untuk orang lain. Terbaik untuk kita, tidak semestinya terbaik untuk orang lain.
Saya sehingga kini tidak merasakan saya seorang yang baik, lagi pula terbaik (Oh itu seperti masih jauh). Namun saya berazam untuk memberi yang terbaik dalam segalanya, melakukan yang terbaik, supaya hari ini lebih baik dari semalam. Persoalannya, adakah yang terbaik itu sudah cukup baik? Jawapannya, tidak pasti, tidak tahu dan mungkin tidak.
Pernahkah kita merasakan sesuatu itu sudah cukup baik dan kita tidak mahukan yang lebih baik?
Oh...

byk gunanya photoshop and LR for example..gambar wedding yg aku edit tuh..dengan exposure yg kau amik..pengantin nampak cerah clear..but awan dan langit kat belakang jadi putih dan tak menarik kerana sebab kalau nak dpt gambar awan cantik exposure kena rendah tapi kalau kau wat camtu..pengantin pulak gelap kan..so ape yg aku buat adelah layering technic yg sama orang guna untuk buat HDR..sebab dia perlu multi exposure..so ape yg aku buat
ReplyDeleteaku ialah gambar kau aku edit exposure dia guna LR so aku save file gambar nih beberapa keping dlm exposure yg berbeza..then aku compose jadi satu gambar dengan technic tertentu..so hasilnya...adelah sekeping gambar dengan langit yg exposure rendah dan object exposure tinggi...multi exposure..aaa sesuatu yg kamera kau tak boleh buat unless dia boleh amik HDR.
kadang2 ada juga terfikir begitu..cukupla dengan apa yang ada sebab rasa diri terlalu penat..
ReplyDeletetapi sifat manusia kan begitu..tidak pernah puas dengan apa yang miliki..tengok orang ada..kita pun nak ada sama..
Bila kita dah dapat sesuatu yang kita rasa dah cukup baik, bukan tak mahukan yang lebih baik...cuma kita bersyukur dan mungkin juga takut jika kita melepaskan yang kita rasa sudah cukup baik itu, kita tak akan bertemu lagi yang mencapai piawaian 'terbaik'... ;)
ReplyDelete