Monday, March 2, 2009

Ke Dimensi Berbeza

"Been There" @ Stesen Keretapi Bekok

Sumpah saya tidak pernah dengar nama tempat 'Bekok' sebelum kira-kira setahun lepas. Jika saya tidak berpindah ke sini, entah bila saya akan sedar kewujudannya. Maklumlah, Geografi dan Sejarah adalah kelemahan saya. Jika sebut sahaja Teorem Pitagoras, teori logik dan mantik, sudah pasti saya akan tahu dan ingat dengan cepat. Sebelum ini, saya sangkakan peristiwa Bukit Kepong terjadi di Kepong, Kuala Lumpur (KL ke Selangor? Hehe). Setelah berpindah ke sini baru saya tahu ia di Johor.

Bekok terkenal dengan air terjun, saya syorkan sesiapa sahaja ke sana merasa kedinginan air dan ketenangannya.

"Side By Side" @ Stesen Keretapi Bekok



Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira 45 minit hingga satu jam. Dari jalan utama ke Pekan Bekok sahaja sudah 20 hingga 30 minit. Jika mahu ke sana, saya cadangkan supaya mengisi petrol penuh terlebih dahulu, kerana di sana tiada stesen minyak. Yang ada pun PETRODESA (saya tidak pernah jumpa di tempat lain), dan ianya sudah tutup! Harap maklum! Jika anda bernasib baik, ada kedai runcit yang menjual petrol di dalam botol air mineral 1.5 liter dengan harga RM5 sebotol.

Sampai sahaja di pekan tersebut, hanya satu perkataan yang terdetik, "daifnya". Sejujurnya saya tidak pernah ke sebuah pekan yang terlalu 'daif' seperti ini. Menjejakkan kaki di sana seolah-olah ke satu dimensi yang berbeza, seolah-olah ke zaman dahulu kala, sewaktu Jepun masih lagi menjajah (kalau di lihat dari gambaran filem yang menceritakan zaman Jepun, begitulah).





Rumah kedainya masih diperbuat dari kayu malah ada yang berdindingkan zink, ada yang sudah roboh. Nampak seperti tidak berpenghuni, namun hakikatnya ada penghuni dan aktiviti perniagaannya masih aktif.

Sedang saya mengambil gambar, Mr T (bukan nama sebenar, gambar di atas) menegur
"Ambil gambar untuk apa?"
"Saja-saja, hobi".
"U ambil lah gambar orang tua-tua di sini. Masa saya baru datang sini, saya terkejut kerana tempat ni so rural. Saya dari Penang. Saya kerja as Sime Darby engineer di sini".
"Oh saya pun dari Penang. Saya kerja di Segamat".
"I thought u are a student. Which part of Penang?"
Bla bla bla...

Lima minit bertegur sapa, beliau tepaksa minta diri kerana sedang bertugas. Saya tidak dapat bayangkan perasaan beliau ditempatkan di sana. Sedangkan saya pun agak sukar menghadapi kejutan budaya ketika baru tiba di Segamat yang bandarnya berpuluh kali ganda lebih maju dari Bekok.

Bercerita @ Stesen Keretapi Bekok

Mangan @ Pekan Bekok

Setelah saya amati, di pekan itu memang ramai warga emas. Saya duduk di persimpangan utama pekan tersebut sambil memerhati dan mengamati keadaan sekeliling. Boleh dikatakan, secara puratanya 7 hingga 8 dari 10 orang yang melalui persimpangan tersebut adalah warga emas. Patutlah Mr T menyuruh saya mengambil gambar 'orang tua' di situ. Memang berbeza! Seolah-olah saya di alam lain. Yang menaiki motor, mengayuh basikal, memandu lori, berjalan kaki, lepak-lepak, makan di kedai, main bola keranjang, berniaga, semuanya warga emas. Ada juga orang muda, tapi boleh dikira. Begitulah uniknya pekan Bekok. Beritahu saya jika ingin ke sana! (^^")


Wajah-wajah Bekok







Nota : Lain kali hendak pergi mandi air terjun pula :-).

17 comments:

  1. cantik gambar2 ni. pandai miss amik gambar.

    ReplyDelete
  2. Anonymous3/03/2009

    Che Da

    Dah taraf profesional dah ni, gambar yang hidup...

    Kak Ani

    ReplyDelete
  3. thanks arif, thanks kak ani.

    tapi saya dan professional tu jauhnya macam dari sini ke negeri China.
    kalau photograper profesional tengok gambar saya ni mesti diorang gelakkan je. T_T

    ReplyDelete
  4. Anonymous3/03/2009

    Che Da,
    Cantik la gambar2 tu. Tapi yang tajuknya "mangan..." tu, rasanya lebih sesuai kalau tukar kepada "Chak..." (chinese for 'makan')..he he

    ReplyDelete
  5. Anonymous3/04/2009

    tips untuk gambar hitam putih....noob sgt nih editing..gambar dah cantik.
    1)guna LR then amik grayscale.
    2)slidekan shadow jadi negative smpi -100 pun tak pa..smpi mana yg hang suka la..
    3)Slide highlights +positive ...byk byk
    4)dark -negative ...skit jer.. -30-20..gitu
    5)light +10 gitu..skit jer..

    then guna photoshop untuk proses dodge and burn.

    1) dogde..guna soft brush saiz besar 600+++
    2)range shadow dengan exposure 7%
    3) ulang untuk highlights dengan exposure 9%
    4) midtone tak payah ok...

    ReplyDelete
  6. Anonymous3/04/2009

    contoh ~ gambar

    http://slexer.deviantart.com/art/heritage-113625164

    ReplyDelete
  7. huhu... editing aku mmg out. aku just guna picasa 3 jer utk convert to black n white.

    well... good photo dont need too much editing.:-P

    ReplyDelete
  8. anonymous... tajuk mangan coz chinese pun cakap jowo... huhuhu

    ReplyDelete
  9. Anonymous3/04/2009

    Lightroom (LR) takde ker? sng gile...tolak-tolak slide jer...

    ReplyDelete
  10. ooo senang ke.. aku takde software tu. kena cari nie. hahah

    ReplyDelete
  11. Anonymous3/08/2009

    Che da...I've been retouching your works lately...tgk nih antara contohnya...you can see how LR and Photoshop can add something to your dull photos..

    http://slexer.deviantart.com/art/propose-115234219

    ReplyDelete
  12. Anonymous3/08/2009

    Nih gambar kau kat Sipadan yg aku edit..beberapa layer.

    ReplyDelete
  13. Anonymous3/08/2009

    http://slexer.deviantart.com/art/My-sister-115241803 click nih or click pada nama aku.

    ReplyDelete
  14. bro...
    owh... guna LR pun ada layer2? leceh la nak edit2 pakai layer2 nie. i think i'll just learn how to capture good picture,lighting, moment n angle. the post process part, i'll subcon it to u. hahah. thanks anyway. good job n effort with the editing.

    // gambar aku tu memang ada ala2 model... hahah

    ReplyDelete
  15. owh one more thing... i dont really see the diff between ur LR edited photo n mine...
    is it sumthing to do wiv my eyes or the screen?
    duhhh.... T_T

    btw, ko ada install software utk calibrate monitor screen tak? n ko ada guna software noise ninja tak?

    ada lagi... aku ada try HDR. menarik gak. huhuhu... but tripod n bracket exposure is a must.

    n one more thing, i am thinking about switching to another system... dat is nikon... huhu. wut do u think?

    ReplyDelete
  16. Anonymous3/09/2009

    Byk gile perbezaan.
    gambar kau:http://3.bp.blogspot.com/_deLLWezzFAs/SYKXWWNZ3bI/AAAAAAAAAPk/KYm5jEsIM_E/s1600-h/IMG_2558_rs.jpg

    gambar aku:http://slexer.deviantart.com/art/propose-115234219

    try tgk sebelah menyebelah bukak dedua kat photoshop tgk..huuh dengan photoshop..kau takperlu kamera mahal sgt pun...mcm mcm bleh buat.

    2)takde guna software untuk calibrate
    3)huh nikon?????? aiseh...kalau kau tukar aku pun nak tukar gak aaaaaaaaaaaaaaaa..nanti lense bleh tukar tukar..nikon best untuk amik gambar orang kawen sebab dia punya contrast agak tinggi..tapikan canon sesuai untuk byk tempat. tuh ape yg aku baca aaa..

    ReplyDelete
  17. dats it... be a photographer not a photoshopher... huhu :P

    nanti aku tengok balik... hehe... skrg mau tido.

    ReplyDelete