Friday, March 6, 2009

Raikan Kepulangan

'Little Ted' dan Basikalnya @ Meja Komputer


'Dia' telah pulang! Setelah beberapa minggu terlantar di pusat servis, akhirnya saya mendapat panggilan menyatakan yang 'dia' sudah stabil dan boleh dibawa pulang pada bila-bila masa. Dan yang paling bagus, kosnya tiada. Alhamdulillah, nasib baik saya sudah lanjutkan tempoh jaminan hingga 2011. Sekarang saya boleh berlapang dada, dan tidak perlu memikirkan kos servis sekiranya apa-apa terjadi kepada 'dia' di masa hadapan.

Pemproses 'dia' sudah pun diganti dengan yang baru. Sebab-sebab mengapa ia perlu diganti/rosak tidak dapat dikenalpasti.
"Banyak puncanya", kata gadis di kaunter servis.

Semoga dengan adanya 'dia', kerja-kerja saya dipermudahkan. Tidak perlulah saya pulang lewat dari pejabat atau ke pejabat pada hari cuti semata-mata untuk menyiapkan kerja. Amin.


Nota : Beberapa minggu ini saya menghadapi masalah menyiapkan kerja kerana perisian SPSS di pejabat bermasalah. Kalaulah ada 'dia'...

1 comment:

  1. Anonymous3/16/2009

    che da...
    orang boleh nampak apa yang kita tak nampak...
    sebab tu bila tudung kat kepala orang nampak cantik tapi kat kita nampak biasa..hehhe..by the way...i memang admire orang yang ada bakat semulajadi ni...teruskan usaha anda..chaiyo!

    ReplyDelete