Hari ini genap 10 tahun abah pergi. Kenangan bersama beliau memang terasa sudah lama. Namun saya masih boleh ingat dengan jelas semuanya. Pesanan beliau, perkara-perkara yang beliau selalu tekankan, juga perkara-perkara yang selalu beliau larang kami lakukan.
Abah seorang yang bijak. Beliau hanya belajar hingga darjah 3 kerana perlu menjaga adik beradik selepas kehilangan ibu bapa. Namun beliau bijak dalam kira-kira, malah boleh mengajar mengaji. Kata orang-orang kampung dan saudara mara, beliau boleh jadi menteri jika beliau mahu. Kerana ada kawan beliau yang sudah jadi menteri pun.
Kata teman sekampung saya, kali terakhir beliau berjumpa abah, semasa abah pergi ke rumahnya sebelum menunaikan haji untuk bertemu dengan ibu beliau.
"Ada kenal sesiapa yang perlukan biasiswa?", tanya abah.
Abah sangat garang. Kami adik beradik memang tidak berani membantah apa yang beliau arah atau cakap.
"1. Balik sebelum Maghrib, 2. Keluar rumah selepas pukul 10 (hari cuti)".
Saya masih ingat tulisan itu yang terpampang jelas di dinding rumah. Arahan kepada semua penghuni rumah. Tiada siapa yang berani ingkar.
Saya juga masih ingat raut wajah beliau saat beliau dapat tahu yang saya ponteng kelas mengaji Al-Quran (cuma satu hari itu sahaja). Menggerunkan. Saya diheret serta merta ke rumah tok guru yang kami panggil Tok Andak. Saya dirotan kerana dapat tempat ke-9 di dalam peperiksaan akhir tahun semasa darjah 3. Jika saya mendapat keputusan tersebut walaupun sudah berusaha, pasti tidak di rotan. Namun saya akui saya terlalu mengabaikan pelajaran dan terlalu banyak main semasa darjah 3 dan memang patut di rotan. Saya pernah dikunci di luar rumah kerana tiba di rumah dari tempat bermain semasa azan Maghrib sedang berkumandang. Banyak lagi perkara yang saya pernah. Namun ada perkara yang saya tidak pernah. Walaupun depan dan belakang rumah saya adalah sawah, saya tidak pernah turun ke sawah. Itu adalah kawasan larangan!
"Bendang tu bahaya, ada ular, paku, kaca, orang jahat. Jangan main di sana", larang abah.
Tetapi saya yang nakal ini, pernah juga curi-curi mandi di tali air (ban) walaupun dilarang. Dan pernah dirotan atas sebab itu apabila ada orang kampung yang memaklumkan kepada abah bahawa beliau nampak anak abah mandi di tali air.
Semasa kami masih kanak-kanak abah memang sangat garang. Namun setelah kami beransur remaja, pendekatan beliau lebih lembut, lebih mesra. Tidak boleh terlalu tegas dengan anak remaja, nanti mereka memberontak. Ini membuatkan kami lebih selesa berbual dengan abah, lebih selesa menceritakan tentang hal di sekolah dan kawan-kawan. Beliau lebih banyak berpesan dan memberi nasihat daripada memarahi.
Abah meninggal ketika menunaikan Fardhu Haji. Kata seorang ustaz, ibu bapa yang meninggal bukan kerana sakit yang lama, sebenarnya tidak mahu anak mereka derhaka. Iyalah, bayangkan berapa ramai anak-anak yang dapat bersabar jika menjaga ibu bapa yang sakit dalam tempoh yang lama.
Saya redha dengan pemergian abah. Saya bersyukur kerana saya sempat memohon ampun maaf, meminta agar beliau menghalalkan segala yang telah diberikan kepada saya, mengucap terima kasih atas segala pengorbanan beliau dan terima kasih kerana telah membesarkan saya.
Semoga abah aman di sana. Semoga ditempatkan bersama orang-orang mukmin. Al-Fatihah. Amin.
Memo : (Kepada adik saya) "Sorry i missed your birthday. Happy belated birthday. I wish u the best in everything".

hurm letak la gambar elok skit..yg kau gi wat style entik nih ngaper?? nampak cam dah terlalu lama........Abah selalu dalam ingatan aku....at least I made him proud of me once when he was still alive..
ReplyDeleteHurm..........aku nak sgt abah rasakan kesenangan kesian dia..dah le dia korbankan zaman muda dia untuk adik adik..then when he passaway..takde sape pun bersama dia ..IT was very sad..
ReplyDeletebyk sgt aku nak ckp pasal abah......tapi tak tau camna nak mula..
ReplyDeleteaku pernah mimpi.........rupanya abah masih hidup....aku pernah mimpi abah dtg kat aku..ckp and pesan macam macam..aku pernah mimpi kenangan ngan abah..aku rindu abah..dah lama aku tak panggil org ngan gelaran tuh...nanti aku kawen nak panggil bapak mertuaku abah jugak lah..ahahha
ReplyDeletekita sama lah... apsal ko tak pernah bagitau aku. seriously, everytime aku mimpi abah. mesti dia ada pesan macam-macam dalam mimpi tu. without fail, asalkan mimpi abah je, mesti ada nasihat. dan selalu aku mimpi abah bila aku susah hati ke, ada problem ke. ada je nasihat.
ReplyDeleteabah memang tak nak susahkan orang. sebab tu dia pergi sendiri. dan tu memang doa abah. dia tak nak susahkan anak-anak dia. lagipun kita semua kan dah minta maaf dengan dia dan hantar dia pergi haji hari tu.
yes u made him proud, me too at least aku dapat masuk U masa tu.
hmmm...che da, saya sedih bila baca entri ni. Moga arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman da diredhai-Nya.
ReplyDeleteterima kasih nurzeatul. Amin :-)
ReplyDelete